TUGASAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN
ASSALAMUALAIKUM WBT...
Masa itu ibarat emas. Begitulah ukurtara untuk menggambarkan betapa berharganya masa yang kita ada. Masa yang berlalu tidak mungkin diputarkan kembali.
Dari Ibnu Abbas, dia berkata: Nabi Shallalahu alaihi wa sallam bersabda:
�Dua kenikmatan, kebanyakan manusia tertipu pada keduanya, (iaitu) kesihatan dan waktu lapang�.
[HR Bukhari, no. 5933]
Hadis ini menyeru untuk sentiasa membanyakkan bekal ke alam akhirat. Seringkali kita mendapat masa lapang dan kesihatan yang baik tetapi ia dihabiskan untuk perkara yang tidak ada keutamaannya. Sentiasa lalai dari kewajiban melakukan ibadah wajib apatah lagi yang sunat. Oleh itu jangan tertipu dengan kenikmatan masa yang ada. Gunakan sebaiknya. Masa yang diberi semakin hari semakin sedikit. Masa tetap akan berjalan dan tidak akan berhenti.
Seperti yang telah cikgu janjikan, cikgu telah menyediakan hadiah buat anak-anak sebagai ingatan tulus ikhlas daripada cikgu pada musim cuti persekolahan ini kerana walau jauh di mata namun anak-anak dekat di hati. Hadiah ini sebagai pengukuhan kefahaman terhadap segala pembelajaran yang telah dilakukan di sekolah dan juga persediaan buat topik pembelajaran akan datang.
Hadiah ini khas buat semua anak-anak yang mempelajari subjek Bahasa Melayu dengan cikgu. Walau bagaimanapun, anak-anak yang lain yang dambakan kecemerlangan dan mempunyai masa senggang tanpa aktiviti yang berfaedah, boleh sama-sama menyiapkan tugasan ini dan semakan jawaban boleh dibuat bersama-sama cikgu apabila bermula penggal persekolahan baharu nanti. Namun, bagi anak-anak yang cikgu ajar, kamu DIWAJIBKAN menyiapkan tugasan ini jika anak-anak tidak mahu menerima hadiah kerana tidak menyiapkan tugasan ini.
Berikut senarai tugasan yang perlu disiapkan mengikut tingkatan masing-masing.
TINGKATAN 2 HANBALI & AL-KINDI
TINGKATAN 4 & 5 SAINS IKHTISAS
TINGKATAN 4 & 5 SAINS TULEN
Anak-anak perlu memuat turun tugasan tersebut dan sebelum mencetaknya, anak-anak perlu memastikan setiap lampiran latihan berada dalam halaman yang baru. Jika berlaku kesilapan teknikal, anak-anak perlu mengedit setiap lampiran tersebut dan seterusnya mencetaknya. Anak-anak perlu menjawab menggunakan tulisan tangan. Cikgu berharap agar anak-anak dapat menyiapkan tugasan ini dan menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang bertunjangkan al-Quran sebagai penerang pada kala kegelapan...Cikgu doakan anak-anak berjaya di dunia dan akhirat kelak. Jangan biarkan guru anda menjadi begini...