Karangan Bahasa Melayu SPM Kertas 1 Bahagian A - usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia
Bahagian A
[Masa dicadangkan: 45 minit]
[30 markah]
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda usaha-usaha memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Panjang huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
PENDAHULUAN
- | Jiran ialah sekelompok masyarakat setempat yang tinggal berhampiran antara satu dengan lain. | |
- | Jiran diibaratkan sebagai saudara kandung tempat kita mengadu tatkala berada dalam kesusahan atau hendak mengadakan majlis keramaian. | |
- | Jiran yang baik ibarat �cubit peha kiri peha kanan pun terasa� amat sukar ditemui. |
ISI-ISI:
1. | Mengadakan program gotong royong | |
- | bergotong royong mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat | |
2. | Mengadakan rumah terbuka | |
- | rumah terbuka semasa perayaan mengikut kaum | |
- | saling kunjung mengunjung mengeratkan silaturahim dan kenal mengenal sesama ahli masyarakat | |
3. | Mengadakan kempen kesedaran | |
- | peranan media massa untuk memberikan kesedaran dalam kalangan ahli masyarakat mengenai kepentingan semangat kejiranan | |
- | Peranan pihak sekolah menyedarkan pelajar-pelajar mengenai kepentingan semangat kejiranan | |
4. | Amalan ziarah menziarahi mengeratkan hubungan | |
- | Boleh menziarahi ke rumah jiran ketika mereka mendapat musibah atau sakit. | |
- | kunjungan kita ke rumah jiran mungkin dapat melegakan penderitaan yang mereka alami dan secara tidak langsung mengeratkan hubungan silaturahim. | |
KESIMPULAN
- | Kesimpulannya, semangat kejiranan wajar dipupuk dalam masyarakat kita agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmoni. | |
- | Sekiranya hal ini dapat dilakukan maka akan tercapailah cita-cita negara untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu dan penyayang. | |