Panduan Menulis Karangan SPM Kertas 1 Bahagian A
Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan.
Aspek-aspek Yang Dinilai
Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan
CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI
PANDUAN:
Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah
A. PERENGGAN EMPAT UNSUR
Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:
1. Unsur 1 (ayat utama)
Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:
4. Unsur 4 (ayat penegas)
Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan
B. AKSESORI KARANGAN
1. Kosa Kata Menarik
2. Penanda Wacana Menarik
3. Ungkapan Menarik
4. Frasa Menarik
CONTOH:
Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. (AYAT HURAIAN)
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).
- Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah perkataan
- Pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah perkataan tidak akan diambil kira. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.
- Dicadangkan, 3 isi dengan jumlah 60 patah perkataan untuk setiap perenggan jadi jumlah 180 patah perkataan.
- 30 patah perkataan untuk pendahuluan dan 30 patah perkataan untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah perkataan.
- Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting.
- Tuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.
- Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau isu-isu semasa yang di petik dari akhbar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.
- Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.
- Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.
- Isu pendidikan
- Pelancongan ( Inap Desa)
- Pemeliharaan bangunan bersejarah
- Pelaburan dan tabungan
- Kenaikan harga barang-barang
- Pendatang tanpa izin
- Penggunaan bahasa Inggeris
- Masalah sosial dalam kalangan remaja
- Pencemaran alam
- Keselamatan kanak-kanak
- Memartabatkan Bahasa Melayu
- Kemalangan jalan raya
- Perkembangan perhubungan dan komunikasi
- Bioteknologi
- Semangat kejiranan
- Gaya hidup sihat
- Hubungan kasih sayang ( Keluarga)
- Membaca
Aspek-aspek Yang Dinilai
- Karangan menepati tema bahan rangsangan.
- Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi dikembangkan.
- Ejaan dan struktur ayat.
- Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.
- Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat.
- Pendahuluan atau pengenalan.
- Penutup atau kesimpulan karangan.
- Tulisan yang jelas.
- Pemerengganan.
- Kesantunan bahasa.
Beberapa Kelemahan Yang Perlu Calon Elakkan
- Pengenalan tidak menarik.
- Isi tidak menepati tema.
- Isi tidak dihuraikan.
- Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.
- Perenggan tidak disusun dengan sempurna.
- Tulisan buruk sehingga sukar dibaca.
- Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.
- Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad.
- Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja.
- Banyak kesalahan ejaan.
- Isi yang diulang-ulang.
- Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.
CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI
PANDUAN:
Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah
A. PERENGGAN EMPAT UNSUR
Setiap perenggan isi hendaklah mempunyai 4 unsur berikut:
1. Unsur 1 (ayat utama)
- Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.
- Gunakan ayat mudah.
2. Unsur 2 (ayat huraian)
- Pengembangan isi berdasarkan isi utama.
- Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)
- Penanda wacana yang sesuai.
- Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik
3. Unsur 3 (ayat contoh)
Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:
- Data statistik
- Pendapat orang yang sangat dikenali ramai dan dihormati
- Penemuan atau kajian saintifik.
- Contoh langsung
Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan
- Penutup kepada perenggan
- Menegaskan semula isi utama
- Menggunakan penanda