Jenayah Siber

Dunia yang semakin maju pada hari ini menuntut bidang terknologi turut berkembang. Internet mejadi suatu kemestian dalam kehidupan masyarakat moden. Pelbagai faedah boleh diperoleh daripada penggunaan internet. Sebagai contoh, pelbagai maklumat, informasi dan berita dapat diperoleh dengan melayari internet. Sesuatu maklumat itu bukan sahaja boleh diperoleh dalam beberapa saat sahaja malah hanya dengan sekali klik. Bagaimanapun, disebalik manfaat internet ini masih terdapat sesetengah pihak menjadikan internet sebagai medan untuk melakukan jenayah. Perbuatan jenayah di alam maya ini dikenali sebagai jenayah siber.
 

Penipuan merupakan salah satu jenayah siber. Penipuan di alam maya berlaku apabila seseorang memalsukan atau menciplak sesuatu maklumat tertentu. Misalnya, terdapat pihak � pihak yang mengambil kesempatan dengan menciplak laman web perbankan. Penipuan siber ini cukup mudah kerana hanya memerlukan internet dan perisian pelayar sahaja. Oleh itu, tidak hairanlah penipuan melalui internet ini boleh mencecah jutaan ringgit nilainya.
 

Selain itu, perjudian secara maya juga merupakan satu jenayah. Tidak seperti perjudian yang biasa, perjudian secara maya menjadi jenayah siber kerana tidak berdaftar. Apabila hal ini terjadi maka risiko hilang wang pertaruhan dan penipuan adalah tinggi.

Kecurian maklumat, lebih- lebih lagi maklumat peribadi boleh terjadi di alam siber. Hal ini boleh menyebabkan seseorang itu terdedah kepada bahaya. Kes kecurian maklumat seperti ini terjadi apabila pengguna internet tidak berhati � hati dengan maklumat peribadi mereka.

Salinan data secara tidak sah kerap berlaku dalam alam maya. Apabila sesuatu itu dilakukan secara tidak sah maka secara automatiknya perbuatan ini diklasifikasikan sebagai jenayah. Kebenaran bagi menyalin data daripada sumber internet adalah perlu dari segi undang � undang. Sekiranya tiada kebenaran yang diperoleh, maka perbuatan ini dianggap sebagai jenayah kerana menyalin data tanpa kebenaran.

Pornografi turut dikelaskan sebagai jenayah siber. Malah, sebarang perbuatan pornografi adalah dilarang dan melaggar undang � undang. Hal ini disebabkan pornografi tidak sesuai dengan masyarakat dan budaya Timur. Pornografi siber berlaku apabila foto � foto yang melampau seperti gambar bogel dimasukkan dalam internet untuk paparan umum. Walaupun pemilik foto meletakkan gambar tersebut dengan kerelaan hati namun tindakan ini tetap dianggap jenayah. Bagaimanapun, dalam sesetengah kes foto � foto pornografi ini dimasukkan tanpa pengetahuan pemiliknya. Oleh itu, timbul pula isu penganiayaan.

Pengintipan berlaku apabila hak peribadi seseorang diceroboh dan perbuatan ini dilakukan tanpa pengetahuan orang yang diintip. Pengintipan siber boleh dilakukan dengan alat berteknologi tinggi. Kebiasaannya, pengintip adalah seorang yang professional dan mahir dengan alat berteknologi canggih seperti kamera litar tertutup.
 

Bagi mendapatkan talian internet atau memasuki sesuatu sistem, kadang � kala seseorang itu sanggup mendapatkan capaian yang tidak sah. Hal ini terjadi apabila seseorang itu cuba memasuki sistem tanpa megikut prosedur yang ditetapkan. Kebiasaannya, system seperti ini telah dipaten dan sah dari segi undang � undang. Oleh itu, sebarang perbuatan mendapatkan capaian secara tidak sah adalah salah di sisi undang � undang.
 

Mengganggu atau merosakkan sesuatu sistem juga merupakan jenyah siber. Hal ini disebabkan perbuatan seumpama ini dianggap penganiayaan atau sabotaj terhadap sistem yang sah. Gangguan atau kerosakan sistem akan menhakibatkan sistem tersebut lumpuh dan seterusnya gagal untuk berfungsi.

Skim cepat kaya juga wujud secara maya. Skim seperti ini sangat licik dalam menipu orang ramai. Tawaran hebat dan menarik menjadi aset untuk menarik perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, skim ini dianggap jenayah siber.
 

Penyebaran virus merupakan jenayah siber yang paling terkenal. Hal ini disebabkan penyebaran virus dalam internet kerap berlaku. Pelbagai cara diambil bagi mengatasi masalah ini seperti memperbaharui anti - virus. Bagaimanapun, penyebaran virus juga sentiasa ada yang terbaru.
 

Di samping itu, penggodam juga merupakan jenayah siber yang sangat terkenal dikalangan pengguna internet. Menggodam adalah memasuki sesuatu sistem tanpa melalui kod keselamatan. Perbuatan ini hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang mahir dan pakar tentang komputer dan internet kerana bukan mudah untuk menggodam sesuatu sistem. Perbuatan ini boleh menjadi sesuatu yang bahaya kerana penggodam bukan sahaja boleh mengetahui maklumat sulit sesebuah syarikat malah maklumat sulit orang perseorangan.

Kesimpulannya, jenayah siber juga merupakan masalah sosial kerana berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bagaimanapun, perbuatan ini sukar dibendung kerana kesukaran mengenal pasti penjenayahnya. Sungguhpun begitu, usaha kerajaan dalam mengekang perbuatan ini dapat dilihat dengan penguatkuasaan undang � undang seperti Akta Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984. 

Contoh lain : Kesan-Kesan Jenayah Siber

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel