7 Keajaiban Dunia Moden
1. Terowong channel
Ini adalah sebuah terowong yang berada dibawah laut! Terowong ini menghubungkan Perancis dan England! Ianya siap pada tahun 1994, panjangnya kira-kira 50 km atau 31 batu. Ia terletak kira-kira 150 meter di bawah laut. Ia dicadangkan pada tahun 1802 dan pada tahun 1857 seorang jurutera mula menyelam di bawah saluran untuk melihat jika ianya boleh dilaksanakan. Terowong ini hanya untuk kereta api.
2. Menara CN
Ini sebenarnya dibina sebagai alat komunikasi di seluruh bandar. Mereka mula membinanya pada tahun 1972 dan mengambil masa 4 tahun untuk menyiapkannya. Mereka membuat keputusan untuk menambah dek langit di mana orang ramai boleh melihat permandangan dari atas. Ia mencecah 553 meter (atau 1,815 kaki) dan struktur tertinggi sehingga 2007. Ia telah dinobatkan dalam senarai keajaiban pada tahun 1995.
3. Bangunan Empire State
Menara ini hanya 4 kaki lebih tinggi daripada Bangunan Chrysler. Ia berada pada 1,454 kaki, mempunyai 102 tingkat. Ia dinobatkan pencakar langit tertinggi di dunia sehingga 1972.
4. Golden Gate Bridge
Jambatan ini 2737 meter panjang. Ia menelan belanja lebih kurang $35 juta dan dibina pada tahun 1937. Sebaik sahaja sampai di penghujung, mereka mula proses mengecat, dan proses ini menggunakan 10,000 gelen cat setahun. Ia mengambil masa 4.5 tahun untuk dibina dan pengguna jambantan ini adalah sekitar 40,000,000 kenderaan setiap tahun, iaitu lebih kurang 110,000 kenderaan sehari. Ia mempunyai berat 887,000 tan.
5. Dam Itaipu
Ini adalah idea gila dari seorang lelaki dengan membuat empangan di Brazil, ianya 25% kuasa daripada Brazil dan 90% daripada jirannya, Paraguay! Pada dasarnya ia mewujudkan tenaga sebanyak 434,000 tong minyak sehari. Ia telah dimulakan pada tahun 1971 dan telah siap pada tahun 1984. 225 meter tinggi dan 7.2km panjang dan kos kerugian $18 bilion dolar. Ia memerlukan 40,000 pekerja untuk membina dan semasa pembinaan.
6. Terusan Panama
Terusan ini menghubungkan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Ia telah diterokai oleh Raja Sepanyol pada tahun 1532 bagaimanapun jurutera dan utusannya berpendapat ia adalah mustahil. Selepas itu, Perancis cuba untuk membinanya , walaubagaimanapun ia telah menyebabkan berlakunya kemalangan dan kehilangan nyawa. Maka rakyat Amerika mengambil alih. Mereka menggunakan reka bentuk yang berbeza yang pada dasarnya mempunyai kapal-kapal yang diturunkan dan dibangkitkan semasa peringkat terusan ini dibina. Ia adalah 77km panjang dan dibuka pada tahun 1914. Ia disenaraikan keajaiban pada tahun 1994.
7. Perlindungan Belanda
Ianya terletak di Belanda, yang merupakan salah satu negeri-negeri yang paling rendah di dunia; oleh disebab itu Belanda mengalami risiko banjir besar dari laut. Pada dasarnya, projek ini adalah untuk melindungi seluruh negara dari banjir! Tanpa kerja-kerja ini, Belanda mungkin tidak wujud sekarang.