Misteri Penyakit �Raynaud� Menukar Tubuh Menjadi Ais!

Seorang kanak-kanak di South Wales, United Kingsom, terpaksa memakai sarung tangan khas ketika musim sejuk bagi mengelakkan badannya �membeku� seperti watak puteri Elsa dalam filem Frozen keluaran Disney.

Raynaud

Kanak-kanak tersebut, Gracie Hughes, 2, yang juga peminat setia filem itu menghidap sejenis penyakit �Raynaud� menyebabkan badannya bertukar menjadi biru apabila terdedah kepada cuaca sejuk.

Ibu kanak-kanak itu, Laurie Hughes, 27, berkata, Gracia didiagnosis menghidapi penyakit itu ketika berusia 16 bulan apabila dia menyedari badan anaknya sering kesejukan dan bertukar menjadi biru sejak dilahirkan.

�Musim sejuk amat mencabar baginya dan suhu akan diambil sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan dia tidak berada di bawah 34 darjah Celsius.

�Ketika musim sejuk, Gracia tidak boleh bermain di luar rumah dan tidak boleh makan makanan sejuk seperti aiskrim.

"Dia terpaksa memakai sarung tangan khas yang membantu menyalurkan 95 peratus haba ke badannya,� jelas Hughes.�Agensi

BACA INI JUGA: Misteri Sindrom Tangan Alien

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel