MODEL MIRIP PT3 - TEMA DAN PERSOALAN NOVEL SEJAMBAK BAKTI


Karya Rejab F.I

Tema dan Persoalan
Model soalan dan jawapan.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan tema novel tersebut dengan contoh yang sesuai.

Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
Novel ini bertemakan kegigihan murid dan guru  koperasi sekolah untuk memajukan koperasi sekolah mereka.  Contohnya, Razali dan ahli-ahli lembaga pengarah koperasi sekolah yang lain seperti Ramlah dan Saridevi telah berusaha dengan gigih untuk memajukan dan membangunkan kedai koperasi sekolah Menengah Teknik Seri Kayangan.
Mereka telah mendapat sokongan penuh daripada guru-guru koperasi  iaitu cikgu Zukifli dan Puan Robeah.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah anjuran ANGKASA.


Model 2
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, jelaskan 5 persoalan penting yang terdapat dalam novel tersebut.

                Model Jawapan:
                Novel yang telah saya kaji dalam ialah novel Sejambak Bakti karya Rejab F.I.
                Terdapat banyak persoalan yang dikemukakan oleh pengarang dalam novel ini.  Antara persoalannya ialah persoalan usaha yang baik biasanya mendapat cabaran yang hebat.  Contohnya, Razali yang menjadi penolong setiausaha lembaga pengarah koperasi sekolah telah berusaha untuk memajukan koperasi sekolah.  Namun Razali telah mendapat tentangan dan cabaran hebat daripada Munir, Leong dan Selvam yang berasa cemburu akan kejayaannya.

                Selain itu, terdapat juga persoalan sifat pemaaf yang merupakan sikap terpuji.  Contohnya, Razali mempunyai sikap pemaaf kerana sanggup memaafkan Munir walaupun Munir pernah memfitnahnya mencuri duit koperasi sekolah.  Malah Razali telah bersetuju memabantu Munir dalam pelajarannya untuk menghadapi SPM.

                Seterusnya ialah persoalan kasih ibu yang tiada batasannya. Contohnya, Mak Sopiah ibu razali sanggup merahsiakan siapakah ayah kandung Razali kerana bimbang Razali akan meninggalkannya.  Mak Sopiah juga sangat menyayangi Razali kerana sanggup mengikut Razali ke mana-mana sahaja sewaktu Razali dihalau oleh Pak Zakaria dari rumah mereka.

                Tambahan pula, terdapat persoalan amalan bermuafakat dan berkerjasama akan membuahkan kejayaan.  Contohnya, Cikgu Syamsudin dan semua ahli lembaga pengarah telah bekerjasama memajukan koperasi sekolah dan projek ternakan ayam.  Akhirnya sekolah mereka telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah.
               
                Akhir sekali ialah persoalan, Perbuatan yang jahat akan mendapat balasan yang setimpal.  Contohnya, perbuatan Munir yang menceroboh masuk ke dalam koperasi dan mencuri duit koperasi sebanyak RM200.00 telah berjaya dikesan. Mengikut mesyuarat guru disiplin sekolah, Munir akan menerima hukuman iaitu dirotan sebanyak tiga kali di hadapan murid-murid di tapak perhimpunan dan digantung sekolah selama seminggu.




Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel