Soalan:Kawasan tempat tinggal anda masih tidak mempunyai kemudahan pengangkutan awal.Hal tersebut amat menyukarkan penduduk yang tinggal di kawasan ini.Selaku wakil penduduk,tulis sepucuk surat kepada pihak terbabit untuk memohon kemudahan pengangkutan awam itu.

12,Perumahan Awam 2,
Pekan Baru,
36000 Teluk Intan,
Perak.
__________________________________________________________

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Blok D,Platinum Sentral,
Kuala Lumpur,50470.                                               2 APRIL 2015

Tuan,

Memohon Kemudahan Pengangkutan Awam

Dengan hormatnya,saya sebagai wakil penduduk Pekan Baru ingin memohon kemudahan pengangkutan awam di pekan kami.Pekan Baru tidak pernah memasuki pekan kami selama beberapa tahun walaupun kemudahan pengangkutan awam di negara kita telah bertambah.

2.    Pekan Baru terletak 5 batu jauh dari bandar.Oleh itu,pemandu pengangkutan awam seperti bas dan teksi tidak mengenali kewujudan pekan kami.Selain itu,pekan kami mempunyai jalan raya yang teruk dan berlumpur.Pemandu bas dan teksi tidak sanggup memasuki pekan kami kerana jalan sebegini akan merosakkan kenderaan mereka.Selain itu,tiada seberang tindakan diambil mengenai jalan raya sebegini walaupun kami telah membuat aduan berulang kali kepada Jabatan Kerja Raya.

3.    Ketiadaan kemudahan pengangkutan awam di pekan kami telah memberi ketidakselesaan kepada kami.Kami perlu berjalan kaki selama lima jam untuk pergi ke bandar.Selain itu,kebanyakan penduduk pekan kami hidup ibarat kais pagi makan pagi,kais petang makan petang dan tidak mampu membeli kenderaan sendiri.Banyak penduduk pekan kami yang bekerja di bandar bertolak dari rumah mereka pada pukul 3.00 pagi.

4.    Di samping itu,sesuatu peristiwa yang amat menyedihkan telah berlaku semalam.Seorang warga emas berbangsa Cina yang berumur 79 telah meninggal dunia akibat serangan jantung.Ambulans tidak dapat tiba pada masa yang tepat akibat kesesakan jalan di bandar.Kalau pekan kami mempunyai kemudahan pengangkutan awam,kami boleh memilih pengangkutan awam sebagai pilihan kedua semasa kecemasan.

5.    Kepicikan kemudahan awam di pekan kami juga menyukarkan anak-anak kami untuk pergi ke sekolah.Sekiranya kami mendapat kemudahan pengangkutan awam,segala ketidakselesaan dan masalah dapat diselesaikan.Kami berjanji akan menghargainya.

Saya berharap pihak tuan dapat memberikan kerjasama.Kerjasama dan maklum balas daripada pihak tuan amat saya alu-alukan dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Yang benar,
Sathya
(SATHYA GANANAATHAA)
Wakil Penduduk,
Pekan Baru.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel