Soalan PT3: Gema Sepi Gadis Genius
Pantun Dua Kerat (Nasihat)
1. Berikan maksud rangkap
Gaharu cengal, giam,
Tak tahu, tak kenal diam
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mendengar dan mempercayai kata-kata orang lain?
Jawapan:
1. Maksud rangkap tersebut ialah seseorang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata.
2. Pada pendapat saya, kita perlu berfikir terlebih dahulu sebelum mempercayai kata-kata orang lain adalah kerana :
a. Untuk mengelakkan salah faham.
b. Supaya diri kita tidak terjebak dalam masalah.
c. Supaya kita tidak mudah tertipu.
1. Huraikan dua nilai yang wujud dalam Pantun Agama ini.
2. Pada pendapat anda, mengapakah kita tidak boleh menilai seseorang itu daripada luaran sahaja.
Pantun Empat Kerat (Agama)
Jawapan :
1. Dua nilai yang wujud dalam pantun ini ialah :
a) Nilai keinsafan. Contohnya rangkap ke 2 (Baris 3 dan 4)
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
b) Nilai kesederhanaan. Contohnya rangkap 5 (Baris 3 dan 4)
Serban bukan semuanya haji,
Haji terletak pada amalan.
2. Pada pendapat saya, kita tidak boleh menilai seseorang daripada luaran kerana:
a. Penampilan tidak melambangkan perwatakan.
b. Akan mwujudkan salah faham.
c. Akan menyebabkan buruk prasangka dan menimbulkan fitnah.
.
Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
1. Berikan maksud rangkap
Kerja kebajikan janganlah malas
Zahir dan batin janganlah culas
Jernihkan hati hendaklah ikhlas
Seperti air di dalam gelas
2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan kita menuntut ilmu?
Jawapan:
1. Maksud rangkap tersebut ialah kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.
2. Kepentingan menuntut ilmu ialah:
a. Dapat membantu kita membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk.
b. Dapat membantu kita menyediakan diri sebagai generasi pemimpin masa depan.
c. Dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah.
Syair Perang Saudara di Pahang
1.Berikan tiga gaya bahasa yang wujud dalam syair ini besertakan contohnya.
2.Pada pendapat anda, apakah faedah yang diperoleh apabila kita mengembara?
Jawapan:
1. Tiga gaya bahasa yang wujud dalam syair ini ialah:
a. Aliterasi
hendak melanggar Pahang negara (pengulangan konsonan n)
b. Asonansi
kata orang empunya wadah (pengulangan vokal a)
c. Kata ganda
laki-laki (Rangkap 2, Baris 1)
2. Pada pendapat saya, faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mengembara ialah:
a. Dapat mempelajari perkara baru seperti adat dan kebudayaan baru.
b. Dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas
c. Dapat membuka minda kita dan menerima perkara-perkara baru yang positif.
Sajak Warkah Kepada Generasi
1. Kemukakan maksud rangkap pertama sajak �Warkah Kepada Generasi�.
2. Pada pendapat anda, mengapa generasi sekarang perlu mengenang jasa para pejuang kemerdekaan negara?
Jawaban:
1. Maksud rangkap pertama sajak ini ialah Penyajak menjelaskan bahawa generasi muda sebagai golongan yang beruntung kerana hidup pada zaman sekarang. Mereka hidup sebagai bangsa yang bermaruah di negara yang merdeka.
2. Pada pendapat saya, generasi sekarang perlu mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara:
a. Supaya mereka menghargai kemerdekaan yang dimiliki sekarang
b. Mereka telah banyak berkorban untuk mempertahankan negara sehingga mencapai kemerdekaan.
c.Supaya generasi sekarang dapat mengerti nilai perjuangan
d. Dapat menanam semangat patriotik dalam diri generasi sekarang.
Cerpen Anak Penggunting Rambut
1. Apakah pengajaran yang terdapat dalam petikan di bawah?
� Bagaimanapun ajal dan maut kuasa Allah. Allah lebih sayangkan Manis. Subuh itu Manis menghembuskan nafasnya yang terakhir di ribaanku.�
2. Nyatakan gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?
�Abah hanya mahu merindumu, Manis.�
3. Nyatakan 3 perwatakan abah dalam petikan di atas?
�Abah saya tukang gunting rambut. Masa muda, orang kampung panggil abah Mat Gunting. Abah saya cukup terkenal di kampung Batu 25, Bagan Datoh.�
Jawapan
1. Kita haruslah menerima takdir Ilahi.
2. Gaya bahasa sinkope, contoh merindumu.
3. Tukang gunting rambut, nama gelaran Mat Gunting, Pernah tinggal di Kampung Batu 25, Bagan Datoh, dan terkenal di Kampung Batu 25.
Cerpen Capa Rengat
1. Apakah gaya bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah?
�Cantik,ya !� kata budak perempuan itu.
�Cantik,� jawabku pendek sambil merenung matanya yang jernih ghairah itu.
2. Nyatakan nilai yang terdapat dalam petikan di bawah?
�Hei�! Nanti kau jatuh!� aku berseru demi melihat tangannya tergewang-gewang meniti batang.
Jawapan
1. Sinkope- Jawabku
Anafora pengulangan kata cantik, cantik
2. Nilai keberanian dan kerjasama
Cerpen Dendam
1. Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas?
�Angah maafkan Along�.
2. Apakah nilai yang terdapat dalam petikan di atas?
�Angah boleh simpan rahsia. Angah tak bohong. Angah tak susahkan Along. Along sayang Angah tak?�
Jawapan
1. Kita hendaklah memaafkan kesalahan orang terhadap kita.
2. Nilai kasih sayang, kebersihan fizikal dan mental, dan hemah tinggi.
Prosa Tradisional Raja Muda
1. Siapakah Raja Muda?
2. Pada pendapat anda, adakah wajar Raja Muda berkahwin dengan Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari dan mengapa?
3. Pada pendapat anda, apakah kepentingan memelihara adat dan budaya bangsa?
Jawapan:
1. Raja Muda ialah suami kepada Tuan Puteri Bidadari Segerba dan Tuan Puteri Kuntum Ratna Sari serta ayahanda kepada Puteri Renik Jintan.
2. Ya, kerana Raja Muda tidak mendengar sebarang khabar daripada isteri pertama yang dinikahinya iaitu Tuan Puteri Bidadari Segerba setelah baginda pulang ke kayangan dan Raja Muda perlukan zuriat untuk menyambung keturunannya.
3. Pada pendapat saya, kepentingan memelihara adat dan budaya bangsa adalah:
a. Supaya adat dan budaya tidak hilang ditelan dek zaman
b. Supaya tidak dilupakan oleh generasi muda
c. Supaya dapat memelihara jati diri bangsa generasi muda.