10 Makanan Yang Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk

10 Makanan Yang Tak Patut Disimpan Dalam Peti Sejuk


Peti sejuk sememang tempat menyimpan makan yang amat penting di rumah. Tapi bukan semua brang dan makan yang boleh di simpan dalam peti sejuk.

Ini merupakan senarai 10 jenis makanan yang dikatakan tidak patut dan disimpan atau dimasukkan ke dalam peti sejuk.

1) Sos Cili / Sos (ketchup)
- Cili sos hanya sesuai diletakkan pada suhu bilik sahaja. Di suhu bilik, sos boleh tahan hingga tarikh luput tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk.

2) Kentang (potato)
- Proses penyejukkan dalam peti sejuk akan merosakan rasa semulajadi kentang. Disarankan potato di letak di dalam bag kertas. Kalau simpan di dalam plastik bag dan disimpan dalam peti sejuk ianya akan lembap & rosak

3) Roti
- Jika simpan roti di dalam peti sejuk akan menyebabkan tekstur roti menjadi kering dan menyebabkannya keras. Tak sedap.

4) Bawang
- Bawang lebih sesuai di simpan di pantry kering bukan dalam peti ais. Selaij itu, sila elak berdekatan dengan kentang.

5) Tomato
- Jika simpan tomato dalam peti ais, ia akan menyebabkan rasa tomato kurang segar dan menjadi penyek / benyek.

6) Kopi
- Simpan kopin dalam petis ais akan menyebabkan proses kondensasi pada kopi dan merubah perisa asli kopi.

7) Bawang Putih / Garlic
- Akan mempercepatkan proses mold / kulat. Jika kepala telah terungkai, hanya boleh digunakan dalam masa 10 hari sahaja. Tapi minced garlic boleh disimpan di dalam freezer.

8) Madu
- Akan menyebabkan konsentrasi madu menjadi likat dan pekat.

9) Tembikai
- Akan merubah rasa dan tekstur tembikai. Warna juga akan berubah. Memang tak sedap.

10) Minyak
- Akan menjadikan minyak bertambah likat, pekat dan kelihatan cloudy. Hanya minyak kacang patut diletak di dalam peti sejuk

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel