Alam Dewa dalam Buddhisme
Di dalam Ajaran Buddha, Dewa adalah salah satu hidupan yang dalam Kitaran Hidupan selain Manusia, Asura, Haiwan, Hantu Lapar dan Naraka.
Hidupan ini mendiami suatu alam yang dipanggil Syurga disebabkan tahap Kesenangan di dalam Dewa amat berbeza dengan apa yang di alami di alam Manusia.
Definisi Syurga di dalam Ajaran Buddha berbeza dengan definisi Syurga di dalam Agama Abrahamic (Jew, Kristian dan Islam). Mana-mana hidupan yang berjaya lahir di Alam Dewa bergantung kepada Merit yang telah dilakukan pada masa hayat lepas.
Dewa mempunyai jangka hayat yang amat lama (ada yang hanya berusia hampir 1,000,000 tahun sehingga ada yang berusia puluhan Trilion tahun). Walaubagaimana pun, Dewa juga TIDAK terlepas dari mengalami kematian setelah mengalami jangka hayat yang lama. Bergantung kepada Merit yang telah dilakukan, ada yang akan lahir di masa hayat akan datang di dalam Alam Dewa yang lebih tinggi atau ke alam yang lebih rendah seperti Manusia ataupun Haiwan.
Menurut Ajaran Buddha, tiada satu pun Dewa yang wujud ini patut disanjung, disembah kerana Dewa masih lagi berada berada di Alam Samsara (Reincarnation) sama seperti Manusia, Haiwan dan lain-lain.
Disebabkan Dewa mempunyai jangka hayat yang amat lama dan terlalu gembira dengan keseronokan, Dewa terlalu LALAI dengan hidupan di Syurga yang hanya menyebabkan Dewa semakin jauh dari keingginan untuk mencapai Nibbana (Pencerahan).
Para Dewa mendiami 3 alam berbeza.
Alam-alam tersebut adalah
1) Kamadhatu
2) Rupadhatu
3) Arupadhatu
------------
KAMADHATU -
merupakan alam Dewa paling rendah dibandingkan dengan Rupadhatu dan Arupadhatu.
Di Alam Kamadhatu mempunyai tingkatan Syurga dari yang paling tinggi ke terendah.
Parinirmita-vasavartin adalah tingkatan Syurga paling tinggi. Dewa di dalamnya mempunyai berketinggian 1400 m dan jangka hayat 9,216,000,000 tahun.
Nirmanarati dihuni Dewa yang ketinggian 1140 m dan jangka hayat adalah 2,304,000,000 tahun.
Tusita pula Dewa dengan ketinggian 910 m dan jangka hayat 576,000,000 tahun.
Yama adalah Syurga terendah dihuni Dewa dengan ketinggian 690 m dan jangka hayat 144,000,000 tahun.
-----------
RUPADHATU -
alam Dewa yang lebih tinggi daripada Kamadhatu. Penghuni di alam dipanggil para Brahma.
Selain itu, di alam ini para Dewa Rupadhatu tidak mempunyai apa-apa jantina sama ada lelaki atau perempuan.
Dewa Rupadhatu berbeza dengan Kamadhatu kerana di alam ini tidak terpengaruh dengan keseronokan Syurga Kamadhatu. Dewa Rupadhatu menghabiskan jangka hayat yang amat-amat panjang dengan berSamadhi (meditasi) yang dipanggil dhyana.
Terdapat 4 jenis dhyana...Dewa Brahma yang mencapai tahap Dhyana Keempat menghuni Alama Rupadhatu ke-2 tertinggi manakala Brahma yg mencapai Dhyana pertama berada di alam Rupadhatu terendah.
Brahma terendah iaitu Maha Brahma disebabkan lahir di alam ini keseorangan telah menganggap dirinya sebagai Pencipta Alam hanya disebabkan telah wujud sebelum Alam Semesta wujud.
Brahma inilah Dewa yang disembah oleh kebanyakan penganut Hinduisme dan dianggap yang Maha Esa oleh penganut Hinduism.
Or maybe some sort of 'God' yang disembah penganut Agama Abrahamic.
------------
ARUPADHATU -
Dewa yang menghuni di dalamnya tidak mempunyai apa-apa fizikal dan lokasi kewujudan. Alam ini juga sendiri tidak bertempat.
Dewa Arupadhatu menghabiskan jangka hayatnya yang amat-amat panjang dengan berSamadhi dan dianggap setara dengan Pencerahan (Enlightenment).
-----------------------------------
Ini sedikit sebanyak yang aku traslate pasal Dewa mengikut Ajaran Buddha. Ramai Muslim yg tersalah anggap Dewa ni adalah Tuhan yg disembah penganut Buddha.
Paling HARU sekali, ada yg anggap penganut Buddhisme ni menyembah Buddha...walhal Buddha bukanlah Tuhan, dia hanyalah salah satu RIBUAN Buddha yg pernah lahir di Bumi sejak ratusan ribu tahun lepas - Manusia yg mencapai Pencerahan (Enlightenment).
Sebenarnya tidak, sebab dalam Ajaran Buddha TAK WUJUD apa yg dipanggil TUHAN. Dewa tidak lebih hanyalah hidupan2 di Alam Samsara (Kitaran Kehidupan @ reincarnation). Bergantung pada Merit yg dilakukan semasa hayat, ada yang akan lahir di Alam Dewa yg lebih tinggi atau 'Jatuh' ke alam yg lebih rendah seperti Manusia atau Haiwan.
Mana-mana Dewa pun TIDAK LAYAK untuk disembah kerana dalam Ajaran Buddha mementingkan mencapat Pencerahan (Enligntenment). Dengan mencapai Pencerahan barulah terputus dari Kitaran Kehidupan.
Sun Wukong ke...Maharaja Jade ke...Dewa tu Dewa ni dlm citer Cina tu takder kene mengena dgn Ajaran Buddha. Dewa2 Cina tu tak lebih adalah Mitos2 Ajaran Taoisme.
---------
Binaan Kuil Borobudur dibina berasaskan definisi Tingkatan2 Dewa, bukannya binaan ciptaan Nabi Sulaiman.
Apa yg aku tulis ni ringkasan2 je...nak yg lebih padat n kompleks just google pasal 'Deva in Buddhism'.