Harga Barang Elektrik Dijangka Akan Naik

Harga Barang Elektrik Dijangka Akan Naik




Harga barangan elektrik dijangka meningkat sebanyak 20 peratus dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Ini dikatakan oleh Datuk Adriana Law yang merupakan Pengarah Urusan i.Star Ideas Factory Sdn Bhd.

Adriana Law berkata kebanyakan syarikat peralatan elektrik akan melaraskan harga produk mereka sejajar dengan kadar pertukaran semasa dan walaupun terdapat kenaikan itu, harga baru itu juga dijangka berlaku adil.

Law juga berkata kuasa perbelanjaan pengguna telah meningkat pada bulan Ogos berbanding April ketika cukai barangan dan perkhidmatan dilaksanakan.

Ini komennya:

"Antara syarikat yang akan meningkatkan harga mereka adalah syarikat dari Jepun dan Amerika Syarikat," 

"Margin untuk syarikat-syarikat ini biasanya agak tetap. Jika terdapat perubahan dalam kadar pertukaran mata wang, mereka perlu membuat perubahan," 

"Kuasa perbelanjaan keseluruhan di pameran kami pada bulan April menurun sebanyak 35 peratus. Ia bertambah baik pada bulan Ogos apabila orang ramai sudah mula sesuaikan diri dengan GST," 

Beliau juga berkata banyak syarikat telah bekerja keras untuk menarik pelanggan.

"Terdapat banyak promosi untuk menarik pelanggan supaya terus berbelanja walaupun ketika ekonomi tidak baik. Saya agak yakin dalam tempoh dua bulan akan datang. Saya menjangkakan jualan akan meningkat sebanyak 30 peratus," 

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel