"Abang Long" Chow Kit Ditahan Polis
"Abang Long" Chow Kit Ditahan Polis
Seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan �Abang Long Chow Kit� telah ditahan semalam. Dia merupakan antara 5 orang yang ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu, malam tadi.
"Abang Long" berusia 34 tahun itu ditahan bersama seorang lagi lelaki berusia 20 tahun dan 3 wanita berusia 25 hingga 18 tahun pada 7 malam tadi di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dari laporan Metro, �Abang Long Chow Kit� dan rakan lelakinya turut terbabit dalam kegiatan samun dan curi kenderaan.
Katanya, pemeriksaan dalam kereta dinaiki mereka menemui alatan curi kenderaan, senjata seperti pedang dan pisau, mercun serta barang curi.
"Tiga wanita yang ditahan dipercayai peneman kepada dua suspek berkenaan dan turut memiliki syabu.
�Semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Chow Kit untuk tindakan lanjut,�
Sumber: Metro