PM Najib, Tun M & Anwar Ibrahim Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

PM Najib, Tun M & Anwar Ibrahim Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia


Beberapa tokoh politik Malaysia terpilih untuk disenaraikan sebagai 500 tokoh Muslim Paling Berpengaruh edisi terbaru kali ini,

Mereka ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sementara itu, presiden PAS pula iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut tersenarai  di bawah kategori pendakwah.

Ini antara senarai muslim berpengaruh di dunia dari Malaysia:
- PM Najib Razak
- Tun Mahathir
- Anwar Ibrahim
- Abdul Hadi Awang (kategori Pendakwah)
- Nik Aziz Nik Mat(kategori Belangsukawa)
- Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (sultan)
- Tan Sri Muhammad Ali Hashim (perniagaan)

Pemilihan dibuat berdasarkan nilai pengaruh seseorang tokoh terhadap masyarakat selain mampu membawa perubahan dalam kehidupan.

Edisi pertama buku itu diterbitkan pada 2009 dan diolah Profesor John L Esposito serta Ibrahim Kalin dari Universiti Georgetown di Washington.

Penerbitnya adalah Pusat Pengajian Strategik Diraja Islam - sebuah badan kajian bebas yang bergabung dengan Institut Pemikiran Islam Diraja Aal al-Bayt yang berpangkalan di Amman Jordan.

Menurut penerbit, buku berkenaan diterbitkan untuk memberi impak kepada dunia Muslim, selain menjadi inspirasi kepada orang ramai.

Antara lain pengisian buku itu ia mengambil kira tokoh dari kategori seni, budaya, ideologi, kewangan, falsafah, pembaca al-Quran, media, sukan, sains dan teknologi.

Laporan itu dikeluarkan setiap tahun dengan kerjasama Pusat Persefahaman Islam - Kristian Putera Al-Waleed Talal di Universiti Georgetown.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel