Polis Evo Filem Tempatan Paling Tinggi, Kutip RM17.30 Juta

Polis Evo Filem Tempatan Paling Tinggi, Kutip RM17.30 Juta


Filem Polis Evo lakonan mantap Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Nora Danish berjaya mencatat rekod sebagai filem tempatan nombor 1 dalam perfileman negara.

Ini selepas filem ini berjaya mengutip RM17.30 Juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini berjaya memintas rekod kutipan tiket paling tinggi yang sebelum ini dipegang oleh filem �The Journey�, yang pernah meraih RM17.28 juta pada tahun 2014.

Polis Evo filem bergenre aksi dan memaparkan kisah dua anggota polis, Khai lakonan Shaheizy Sam dan Sani lakonan Zizan Razak.

Filem ini  menampilkan kelainan dari segi lawak yang tidak keterlaluan dan aksi yang hebat selain mempunyai nilai kekeluargaan.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel