Achey Tampil Jawab Dakwaan Balu Harun Salim Bachik

Achey Tampil Jawab Dakwaan Balu Harun Salim Bachik



Achey akhirnya tampil membuat kenyataan ekoran kisahnya yang dikatakan menipu tentang kenyataannya kepada media bahawa dia pernah bertanyakan khabar keluarga balu Harun Salim Bachik.

Achey akui terdapat salah faham tentang perkara itu  kerana pertanyaan khabar itu sebenarnya diajukan kepada anak sulung bekas isteri pertama Harun dan bukannya melalui Surianti.

Ini komen Achey:

SALAH FAHAM

"Saya rasa perkara ini hanya salah faham sahaja. Sebenarnya, saya ada bertanya khabar mengenai keluarga arwah abang Harun. Dan pertanyaan itu diajukan kepada anak kepada isteri pertama arwah.

"Dah alang-alang bertanya, saya tanya sekali mengenai anak-anak isteri kedua arwah juga. Itu sahaja," 

TENTANG PERNIAGAAN

Dalam pada itu, Achey berkata, mengenai perniagaan tersebut, dia tidak terlibat dengan sebarang urusan perniagaan bersama Surianti dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

"Macam ini lah, apa yang saya boleh jelaskan, saya dan Surianti tidak ada apa-apa jalinan perniagaan pun.

"Kalau boleh saya tak mahu ulas lebih lanjut, takut isu lain pula yang timbul dan menjadi punca salah faham berlaku.

"Saya menjalankan bisnes pun dengan anak kepada isteri pertama arwah, bukan dengan Surianti," 

HANYA ORANG LUAR

"Saya terkejut perkara ini menjadi isu. Saya ini orang luar, takkan nak masuk campur hal keluarga mereka.

"Niat saya sebelum ini pun sekadar mahu bertanya khabar, memandangkan arwah Harun baik dengan saya dan kami saling berkongsi masalah. Mungkin perkara ini hanyalah salah faham antara dua pihak,"

Surianti merupakan isteri Allahyarham Harun Salim Bachik selepas Harun bercerai dengan isteri pertamanya, Martinah Ahmad.


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel