Aduhai: Penjaga Gol Tersilap Stadium
Aduhai: Penjaga Gol Tersilap Stadium
Graeme Smith merupakan pemain bola sepak sebagai penjaga gol pasukan Brechin City di liga utama Scotland.
Alkisah yang lawak tetapi sungguh kesian berlaku, apabila pemain ini memandu sejauh 134 kilometer sebelum menyedari dirinya tersilap stadium.
Itu ketika pasukannya dijadualkan menentang Stenhousemuir, dalam aksi Liga Perdana Scotland, Sabtu lalu yang berlangsung berlangsung di laman Brechin dan bukannya di gelanggang lawan.
Graeme Smith tiba di Ochilview Park, kira-kira jam 3 petang dan terus menyedari bahawa perlawanan sebenarnya berlangsung di Glebe Park.
Apabila Smith sedar bahawa dia tersilap, pemain ini terus memandu pulang dan nasib baik dia sempat beraksi bersama pasukannya.
Smith mengambil masa empat jam untuk pejalanan pergi dan pulang. Dia tiba sebelum perlawanan bermula namun Brechin tewas 1-2 kepada Stenhousemuir.
Ini komennya:
�Penjaga gol Brechin tersilap stadium. Perlawanan di Glebe dan bukannya di Stenhousemuir. Ha ha klasik,� kata Hoggan di laman Twitternya.