Benjy Bebas Tuduhan Miliki Syabu

Benjy Bebas Tuduhan Miliki Syabu


Mahkamah akhirnya membuat keputusan untuk membebaskan pelakon yang juga anak Azean Erdawaty iaitu Benjy dan rakan wanitanya daripada dua tuduhan memiliki syabu.

Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md Nor membuat keputusan itu terhadap Benjy (38 tahun) dan Julia Ernie Jamaludin (26 tahun) selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap kes itu.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim dan rakan wanitanya itu didakwa memiliki Syabu 1.71 gram dan 3.01 gram di sebuah bilik hotel di Jalan Yap Ah Shak, Dang Wangi, di sini, pada jam 9.30 malam, 5 Mac lalu.

Sementara itu, mahkamah mengarahkan rakan Benjy itu, Julia Ernie untuk membela diri atas satu lagi tuduhan memiliki 0.37 gram syabu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, S Malini Anne.

Sumber: BHarian

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel