Kedai Vape Diserbu, Kerugian Cecah Jutaan Ringgit
Kedai Vape Diserbu, Kerugian Cecah Jutaan Ringgit
Semalam, kedai-kedai vape dikejutkan dengan kehadiran pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) yang melakukan serbuan di seluruh negara.
Serbuan ini merampas flavor vape dan didakwa menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit. Di Selangor sahaja, lebih 300 kedai vape diserbu.
Ini komen Presiden Malaysian Organisation of Vape Entities (MOVE):
"Kedai diserbu, barang dirampas dan saman turut dikeluarkan. Beberapa kedai hilang beberapa produk mereka manaka terdapat peniaga yang kehilangan semua barang mereka,"
"Jika mereka benar-benar prihatin supaya orang ramai mahu berhenti merokok, mengapa mereka akan menghabiskan begitu banyak dalam kempen anti merokok tetapi melumpuhkan perniagaan mereka yang mahu membantu orang lain menghentikan tabiat itu?,"
Owner sebuah kedai yang diserbu telah memberitahu bahawa pegawai kementerian tersebut merampas kira-kira 3,000 botol cecair vape. Nilainya berjumlah RM100,000.
Namun, pemilik kedai itu turut mendakwa dia tidak mendapat penjelasan jelas daripada pegawai tersebut mengenai cara bagaimana mereka boleh mendapatkan semula barang yang dirampas.
Ini komen pemilik kedai:
"Mereka datang kira-kira pukul 4 petang dan menunjukkan surat kepada kami bahawa serbuan dilakukan disebabkan cecair vape yang dijual mengandungi nikotin,"
"Mereka hanya beritahu saya untuk cuba bercakap dengan bos mereka jika mahu barang itu dikembalikan,"
Seorang pemilik kedai vape di Kuala Lumpur pula berkata dia telah menutup kedai miliknya setelah menerima maklumat tentang serbuan itu.
Ini komennya:
"Jika anda mahu merampas produk kami, sekurang-kurangnya beri kita amaran dengan adil. Serbuan tidak menjejaskan perniagaan kami. Kami masih boleh terus menjual vape tetapi akan menjualnya secara senyap-senyap.
"Transaksi masih boleh berlaku, hanya tanpa kedai. Kami akan menjualnya secara dalam talian,"
Seorang jurucakap Kementerian Kesihatan berkata serbuan dan rampasan telah dilakukan untuk memantau kandungan cecair vape yang mengandungi nikotin di pasaran.
Ini komen pegawai itu:
"Sebab lain ialah mereka kebanyakannya tidak mempunyai lesen sah dari kementerian,"
Sumber: mStar