Lee Chong Wei Ranking Ketiga Dunia
Lee Chong Wei Ranking Ketiga Dunia
Datuk Lee Chong Wei kini menduduki ranking ketiga dunia setelah menjadi juara tiga kali berturut-turut di Terbuka Perancis, China dan Hong Kong.
Yang menariknya, Lee Chong Wei turut menewaskan Lin Dan di semifinal Terbuka China dan menang keatas Chen Long, juara dunia di Terbuka China dan Hong Kong.
Lee Chong Wei kembali beraksi pada kejohanan kompetitif Jun lepas, selepas menjalani penggantungan selama lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping.
Kerana pergantungan itu, ranking Lee Chong Wei telah jatuh merudum daripada pemain nombor satu dunia kepada kedudukan ke-180.
Dalam masa 6 bulan sahaja beliau melonjak dari 180 ke nombor 3 dunia, memang hebat dan mengagumkan pencapaian Lee Chong Wei.
Ini komen Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost :
"Chong Wei menampilkan prestasi mengagumkan...ia pencapaian yang hebat kerana beliau menjuarai tiga kejohanan berturut-turut.
"Kejayaannya baik untuk badminton negara. Jangkaan saya tepat...sejak hari pertama berada di sini, saya percaya Chong Wei mampu melakukannya,"
Terbaiklah Chong Wei, tapi mana pemain pelapis?