Pelakon Wanita Dipukul, Ditumbuk Oleh Pengarah

Pelakon Wanita Dipukul, Ditumbuk Oleh Pengarah


Satu kejadian pengarah memukul pelakon telah berlakon di set penggambaran petang tadi.

Pelakon dan penyanyi Ika Nabella dilaporkan dipukul oleh pengarah drama Dawai Asmara lakonannya petang tadi.

Drama Dawai Asmara berkenaan bakal disiarkan menerusi slot Azalea TV3. Sumber berkata, kejadian berlaku siang tadi di set penggambaran di Hulu Kelang.

Difahamkan Ika menjadi pelakon ketiga yang berdepan dengan situasi berkenaan, namun pelakon lain yang pernah dipukul pengarah sama hanya berdiam diri. Ika dikatakan ditumbuk di bahagian muka dan badan secara bertubi-tubi.

Dari laporan Berita Harian, pengarah terbabit bertindak memukul pelakonnya hanya kerana tidak dapat apa yang diinginkan daripada para pelakon dan petang tadi nasib yang sama melanda Ika.

Sumber itu berkata lagi, mulut Ika saat ini tidak dapat dibuka gara-gara akibat pukulan itu. Dalam drama itu, Ika memegang watak utama.

Ia bukan kali pertama Ika berlakon di bawah arahannya. Usaha menghubungi Ika tidak berjaya tetapi dia hanya membalas ringkas menerusi aplikasi WhatsApp saat ditanya apakah benar dia dipukul pengarah itu seperti diceritakan sumber.

Ini komen Ika:

"Ya, saya memang dipukulnya," 

Ika Nabella akan membuat laporan polis ekoran kejadian itu esok. Sementara itu, usaha menghubungi pengarah yang dimaksudkan tidak berjawab.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel