'Tidak Pernah Bawa Duit Ke Sekolah, Cuma Makan Kulit Ayam'
Kos hidup yang semakin meningkat pada hari ini nampaknya sangat memberi kesan kepada rakyat terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.
Mana tidaknya, gaji RM3000 dan kebawah sudah dikira sebagai miskin bandar jika korang menetap di bandar raya.
Dek kerana kesempitan inilah, beberapa keperluan asas terpaksa dilupakan demi meneruskan kehidupan.
Ikuti kisah wanita ini yang pada awalnya pergi ke sekolah untuk memberikan duit belanja anaknya namun apa yang di lihat semasa di sekolah tersebut sungguh menyayat hati.
Bukan kuih tapi kulit ayam
Kisah yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Ct Sarah ini mendapat lebih seribu share oleh netizen.
Pada awalnya dia ke sekolah bagi memberi wang persekolahan anaknya yang tertinggal namun terserempak seorang murid dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
p.s; admin terpaksa edit ayat-ayat yang tunggang-langgang agar lebih lancar dibaca.~SP
Tak pernah bawa duit ke sekolah
Kasihan melihat murid tersebut, wanita berkenaan menghulurkan wang. Murid tersebut bagaimanapun hanya membeli sebatang hotdog
Si adik pun tak bawa duit
Kalaulah kita rajin memerhati dan lebih prihatin, nun dipelusuk sana masih ramai sebenarnya rakyat dinegara ini yang kais pagi makan pagi.
Masih ramai yang baginya nilai RM1 itu sama nilainya dengan RM2.6 bilion..~SP
BACA INI JUGA: YBK Peduli! Aplikasi `Online� Bantu Golongan Miskin
Sumber : [Ct Sarah A][Ohbulan]

Lupa nak bagi duit sekolah anak pagi tadi. pastu lebih kurang pukul 9 lebih terus chow g sekolah dia nak bagi duit. masa tu wktu budak-budak rehat. tengah tunggu anak kat kantin tiba-tiba terlihat sorang budak yg lalu depan mata.. kecik sangat badannya.. baju seluar kasut semua lusuh, warna kuning n x bergosok. hati dah mula rasa semacam. dia jalan slow jer lihat kiri kanan. pastu hilang dari pandangan.. tercari2 gak la dan mata aku terpaku bila tengok budak tadi duduk atas bangku kantin. tangan dia pegang sesuatu. pastu dia mkn. nmpk cam payah je dia gigit. aku ingat kuih tapi macam pelik jer. aku pegi dekat dia.. tanya apa dia makan.
dia pun tunjuk. masa tu tuhan je tau macamane perasaan aku bila tengok dia cuma makan kulit ayam yang kawan bagi katanya.. aku tanya kenape tak makan benda lain dia jawab ni dah ada makanan. itu yang dia ulang berkali-kali sambil tunjuk kulit ayam. pada aku tu bukan kulit ayam tapi hanya tepung yang makcik kantin buat goreng ayam.
Tak pernah bawa duit ke sekolah
Kasihan melihat murid tersebut, wanita berkenaan menghulurkan wang. Murid tersebut bagaimanapun hanya membeli sebatang hotdog
xpuas hati aku tanya lagi knape xbli makanan, dia tunduk. kwn dia jawab dia x pernah bawak duit pun g sekolah. subhanallah terkedu aku. apa dia makan kat rumah pagi tadi. mungkin juga dia boleh mkn RMT pagi kat sekolah. tapi banyak mane sangat. tgh hari x lapar ke dia? time tu jugak mengalir airmata aku. susahnya hidup dia. aku bagi duit suruh dia g beli makanan. aku perhati apa dia beli. nak tau apa?
cuma sebatang hotdog. pastu makcik kantin panggil dia bagi duit lebih. dia amik tp x tengok pun duit tu. mata dia asyik pndang hotdog tu jer smbil berjalan. dari situ aku dah boleh agak dia x pernah beli hotdog tu kot. pastu aku nampk pulak yang sorag lagi budak duduk bergayut je kat palang tempt budak beratur beli makanan. duk tengok budak lain beli makanan.
Si adik pun tak bawa duit
pastu tiba-tiba budak tu ambik duit dari yang budak yang aku tolong tadi. aku tanya nape ambik duit orang. budak tu cakap tu abg dia. patut pun. aku tanya x bwk duit jgk ke, dia angguk. mcmane mereka boleh tahan lapar dari pagi sampai petang. sekolah dah la pukul 4.30 baru habis.. kite rasa kite dah cukup susah tapi orang lain lagi susah dari kite kan. dah la makanan kat kantin sekarang mahal. air jer dah 50sen. nasi pula antara rm1-rm2. mcmane mereka nak makan kalau seringgit pun mereka x mampu bawa?
hari ini mgkn aku dpt tolong tapi mcmane hari-hari mereka yang akan datang? bersyukurlah kite dgn apa yg kite ada sebab apa yg kite miliki xsmua org lain boleh miliki. tapi apapun masih terbayang muka budak tu.. dia cakap nama dia haikal drjah 1. abang dia darjah 3.. moga Allah permudahkan hidup mereka dan dimurahkan rezeki.