Raja Pecut Malaysia, Pecah Rekod Watson Nyambek

Raja Pecut Malaysia, Pecah Rekod Watson Nyambek


Badrul Hisham Manap yang beru berumur 18 tahun akhirnya mencipta rekod baru kebangsaan acara 100m memecahkan rekod milik Watson Nyambek.

Pelari ini merakam 10.29s dalam laluan memenangi pingat emas di Kejohanan Sukan Sekolah Asean (ASG2015) di Bandar Sri Begawan (Brunei).

Pelari berasal dari negeri Melaka itu memecahkan rekod 17 tahun dipegang oleh Watson Nyambek (10.30s) yang dirakam pada 1998.

Badrul yang merupakan pelajar Sekolah Seri Kota Melaka yang merupakan Sekolah Sukan Negeri Melaka.

Ini keputusan pertandingan 100m yang berlangsung di Brunei itu:

1) Badrul (Malaysia) 10.29s
2) Asnawi Hashim (Malaysia) 10.71s
3) Worawut Salabal (Thailand) 10.87

Ini komen dari KOM:

�Ia adalah rekod rasmi dan rekod baru kebangsaan. Pencapaian dilakukan dengan catatan elektronik dan bukan catatan melalui jam tangan,� 

�KOM akan memberi ganjaran sebanyak RM5,000 kepada Badrul atas pencapaiannya itu.

�Kami harap dia dapat mewakili Malaysia di Sukan Olimpik Rio di Brazil nanti sekiranya boleh memperbaiki masa peribadinya. Malah KOM mahu dia terus dibimbing oleh jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim.

�Saya mengucapkan tahniah kepada Badrul memenangi acara utama menjadi tumpuan ramai atlet olahraga dan membawa dimensi baru kepada acara itu. Tahniah buat kontinjen kita�.

Ini videonya:


Sumber HMetro


Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel