Suami Mengamuk Tikam Belakang Isteri Sebelum Kelar Leher
Suami Mengamuk Tikam Belakang Isteri Sebelum Kelar Leher
Seorang wanita, Sofia Talaha yang berumur 26 tahun, parah selepas menjadi mangsa suaminya yang mengamuk dalam kejadian di Kampung Gong Beris, Marang, Terengganu.
Polis berkata, kejadian amuk itu berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi. Lelaki berusia 32 tahun itu bertindak menikam bahagian belakang isterinya.
Dikatakan setelah menyerang isterinya, Mohd Dzulkifli yang bekerja sebagai buruh kontrak bertindak mengelar leher sendiri menggunakan pisaunya.
Suspek maut akibat pendarahan dari lehernya yang dikelar diri sendiri.
Ini komen dari Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Wan Abdul Aziz Wan Hamzah:
"Kira-kira pukul 7.30 pagi kita telah menerima panggilan berhubung kes itu sebaik tiba di lokasi kejadian kita dapati mayat seorang lelaki terbaring di tepi rumah bersama sebilah pisau.
"Pemeriksaan awal ke atas mayat tersebut kita dapati terdapat dua kesan kelar pada lehernya,"
"Isteri mangsa sempat bercerita kepada pihak hospital, selepas subuh tadi dia telah didatangi suaminya dalam keadaan tertekan dan terus menikan belakangnya sebelum berlaku pergelutan,"
-Sebelum kejadian jiran mangsa terdengar bunyi kecoh dan kedengaran perempuan menjerit dari rumah mangsa dan mendapati pasangan itu sedang bergelut.
-Suaminya mengejar isterinya dengan sebilah pisau panjang.
- Ternampak kejadian itu, jiran mangsa terus menjerit dan lelaki berkenaan terus melarikan diri ke dalam rumah.
-Si isteri pula menyelamatkan diri dengan berlari ke jalan besar.
- Isterinya dijumpai orang awam kira-kira 200 meter dari rumahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Ekoran kejadian itu wanita berkenaan mengalami kecederaan dalaman pada bahagian belakang badan serta luka di pipi kiri serta kedua-dua tanganya.
Beliau berkata wanita berkenaan kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan dilaporkan kritikal.
Menurut Wan Abdul Aziz pihaknya telah merampas pisau kira-kira 30 sentimeter untuk siasatan lanjut dan menunggu isterinya sedar untuk siasatan seterusnya.
Katanya polis juga masih menyiasat motif utama kejadian yang menyebabkan suaminya bertindak agresif dan menyerang isternya sendiri sebelum mencederakan diri sendiri.