Tambang Komuter Naik Disember Ini

Tambang Komuter Naik Disember Ini


Satu lagi tambang kenderaan awam akan naik. Tambang keretapi KTM Komuter disahkan akan naik bermula bulan Disember ini.

Pengerusi KTMB Datuk Nawawi Ahmad mengesahkan bahawa kenaikan tambang bagi laluan KTM Komuter akan diumumkan pada Isnin, dengan kadar tambang baharu bermula pada 2 Disember.

Penumpang dijangka dikenakan tambang 15 sen per km, meningkat dari kadar tambang semasa 11 sen per km.

Nawawi berkata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan mengumumkan butir-butirnya, tetapi kereta api Intercity KTMB terlepas daripada kenaikan.

Sebelum ini, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar telah menunjukkan tanda-tanda bahawa tambang LRT dan Monorel akan dinaikkan.

Beliau berkata Prasarana akan mengumumkan kenaikan sebelum akhir Oktober. Syed Hamid berkata SPAD telah mendapat kelulusan Kabinet untuk menaikkan tambang.



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel