Tanah Runtuh: Pemandu Lori Naik Angin, Rempuh Palang Plaza Tol

Tanah Runtuh: Pemandu Lori Naik Angin, Rempuh Palang Plaza Tol



Seorang pemandu lori telah ditahan kerana merempuh palang di plaza tol Bentong setelah berang kerana lebuhraya masih ditutup.

Ketua Polis Daerah Bentongmemberitahu, terdapat lebih kurang 25 pemandu lori bertemu dengan polis kira-kira pukul 1 tengahari Jumaat.

Mereka telah meminta izin supaya mereka dapat melepasi palang tersebut.

Namun polis memberitahu pemandu lori bahawa keadaan lebuhraya masih tidak selamat. Pemandu-pemandu itu marah dan mengugut untuk melanggar palang tol.

Salah seorang daripada pemandu itu naik angin dan memutuskan untuk merempuh palang plaza tol pada pukul 2.15 petang Jumaat.

Lelaki berusia 35 tahun itu kemudian ditahan polis pada pukul 2.25 petang.

Dia ditahan di bawah Seksyen 185 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugasnya.

Pada Rabu, banjir lumpur berlaku pada pukul 6.30 petang berhampiran Lentang-Bukit Tinggi mengakibatkan sebahagian daripada lebuhraya tidak boleh ditutup untuk laluan awam.

Tiga kenderaan persendirian dan sebuah lori terkandas di tempat kejadian.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel