Tindakan Mulia Achey Kepada Keluarga Mentornya, Harun Salim Bachik
Tindakan Mulia Achey Kepada Keluarga Mentornya, Harun Salim Bachik
Nama pelawak dari kumpulan Bocey iaitu Achey kini semakin gah di dalam industri hiburan tanah air.
Achey memulakan kerjayanya dalam industri hiburan melalui program Bintang Mencari Bintang yang mana Harun Salim Bachik merupakan mentornya.
Setelah Harun Salim Bachik meninggal dunia tahun ini, Achey masih meneruskan hubungannya dengan keluarga Harun.
Malah, Achey juga memberi keuntungan perniagaan kepada keluarga arwah Harun Salim Bachik.
Ini komen Achey:
Saya kerap juga menghubungi keluarga Allahyarham menerusi aplikasi WhatsApp. Kadangkala kalau berkesempatan, saya akan melawat mereka untuk bertanya khabar
Saya sebelum ini ada membuka perniagaan bersama Allahyarham iaitu Kotak Seni Network. Perniagaan ini, kami buat macam-macam. Kami keluarkan kemeja-T, kek, roti, pusat penjagaan kanak-kanak dan macam-macam lagi.
Selepas kematian Allahyarham Abang Harun, saya dan isteri berbincang dan memberikan keseluruhan share saya kepada keluarganya. Saya juga serahkan segala keuntungan dan modal kepada anak sulungnya untuk dibahagikan kepada keluarganya
Semoga usaha murni Achey ini diteruskan dan insyaAllah rezeki Achey akan bertambah luas.