Cik Akak Hilang Semalaman Kenapa?.....Cukup Derita Itu

? Assalamualaikum ?

Cik Akak Hilang Semalaman Kenapa?.....Cukup Derita Itu - Kenapa dengan cik akak. Tertiba hilang semalaman. Tak komen pun entri kita. Korang kalau nak tahu cik akak tengah marathon nie...Marathon nak habiskan novel cukup derita itu


Cukup Derita Itu - cover book

Korang nak tahu....bila cik akak baca novel nie....alamak...air mata tak sudah-sudah mengalir..hahaha...ala baca novel je...pun boleh nangis. Itulah kelemahan cik akak. Betapa cik akak selami setiap apa yang cik akak baca...chewah. Kalau tengok movie melayu....orang menangis kat tv pun cik akak mana de nangis..hahaha...lain lah kalau movie hindustani...hahaha..tak payah jentik...kompem lelaju je nangis..hahaha

Novel nie ada 1170 muka surat..hahaha...muak juga nak habiskan.....semalam tu pun baru sikit je cik akak baca....tapi tu lah...novel karya Siti Rosmizah nie memang novel yang lain dari yang lain. 

Tebal novel nie...mak aii...macam kamus dewan kot..hahaha....

Sinopsis Novel Cukup Derita Itu - Ellani dan Ellana, kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak Ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
Sedih. Menangis. Tak setitis pun air mata Ellani keluar. Untuk apa? Itulah rutin hidupnya. Maki hamun, pukul dah sebati dalam dirinya. Nak menangis? Berbaloi ke? Dapat raih simpati mak ngah? Jangan harap!
Zarul Zafran lelaki tampan yang berkerjaya sebagai seorang pensyarah. Cinta pandang pertama pada Ellana membawa mereka hampir ke gerbang perkahwinan. Takdir menentukan segalanya. Zarul ditimpa kemalangan. Ellana bolehkan mati dalam hatinya.
Dalam Ellani melalui kemelut hidupnya. Kasih lelaki ini bolehkan beralih padanya. Adoi! Serasa nak gugur jantung Ellani dibuatnya. Cinta? Kasih? Apa semuanya ni? Ellani sukar untuk menerimanya. Lelaki yang hampir menjadi abang iparnya bolehkan jatuh hati dengannya. Pelik!
Beli Novel : Cukup Derita Itu

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel