Karangan PT3:Syarahan:Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara

Anda telah menyertai pertandingan syarahan anjuran sekolahanda. Tajuk syarahan itu ialah "Perpaduan MenjaminKesejahteraan Negara".Tulis syarahan anda itu selengkapnya.

   Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Puan HajahHalimah,pengetua sekolah,barisan hakim yang arif lagibijaksana,guru-guru,dan rakan sekalian.Terlebih dahulu,sayaingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siti keranamemberi peluang kepada saya untuk menyertai pertandingansyarahan pada hari ini.Tajuk syarahan saya pada hari ini ialah"Perpaduan Menjamin Kesejahteraan Negara".

Hadirin yang dikasihi,

   Perpaduan merupakan teras pembangunan negara.Perpaduanamat penting dalam negara yang rakyatnya terdiri daripadapelbagai bangsa dan kaum seperti Malaysia.Pepatah Melayuada mengatakan "bersatu kita teguh,bercerai kita robohyang menjelaskan betapa pentingnya perpaduan. Kemajuan negarakita dalam bidang teknologi maklumat,perubatan,pertaniandan sebagainya tidak akan tercapai tanpa kerjasama daripadasemua rakyat kerana "bertepuk sebelah tangantidak akanberbunyi".

   Perpaduan amat diperlukan dalam apa-apa kerjaya.Sebagaicontoh,seorang petani tidak dapat mengusahakan tanamanyang luas tanpa kerjasama antara semua kaum.Semua petaniperlu bekerjasama untuk mengusahakan tanaman.Tanamaninilah yang merupakan sumber ekonomi dan makanan negaraserta rakyat jelata.Dalam bidang pembedahan pula,setiapdoktor akan bekerjasama untuk menyelamatkan nyamaseseorang pesakit.Tidak kiralahsama ada seorang pesakit ituberbangsa melayucina atau pun india Secaralangsungnya,jelas sekali bahawa perpaduan sangat pentinguntuk menjayakan sesuatu kerjaya.

Hadirin yang dimuliakan,

   Perpaduan juga amat penting dalam bidang sukan.Pemainbola sepak terdiri daripada 11 orang dan mustahil bagi merekauntuk menang jika seorang pemain tidak bekerjasama.Dalamacara sukan lain pun,kerjasama diperlukan antara jurulatihdengan pelatih.Contohnya,Dato' Lee Chong Wei,pemainbadminton terkenal berjaya memenangi dalam pelbagaipertandingan kerana kerjasama dengan pelatihnya,DatukMisbun Sidek.Secara tidak langsung,kejayaan negara kitadalam bidang sukan akan mengharumkan lagi nama negaraserta menonjolkan negara kita di serata dunia.

    Selain ituperpaduan kaum juga perlu kita amalkan untukmengelakkan perselisihan faham antara kaum.Amalan iniamat penting untuk mengelakkan berlakunya rusuhan kaumseperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.Perselisihan fahamantara kaum Cina dan Melayu telah mengundang berlakunyapergaduhan.Sebenarnya,rusuhan kaum seperti ini dapat dielaksekiranya semua kaum dapat memahami satu sama lain danbertolak ansur.Perpaduan kaum dapat mewujudkan negarayang aman dan sejahtera tanpa pergaduhan atau peperangan.

   Akhir kata,perpaduan kaum penting untuk menjaminkesejahteraan negara.Oleh yang demikian,semua rakyat perlumengamalkan perpaduan negara dan mengelakkan diridaripada mengamalkan sikap "enau dalambelukar,melepaskan pucuk masing-masing".Sikap ini akanmemudaratkan negara dan mewujudkan jurang antarakaum.Kerajaan sedang berusaha melancarkan pelbagaikempen.  Majikan juga digalakkan agar memasukkan pekerjadaripada pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduankaum.Sebelum mengundur diri,saya menegaskan lagi bahawaperpaduan negara adalah teras pembangunannegara.Sekian,terima kasih.
   

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel