Kes Penderaan Kanak-kanak

Tulis sebuah rencana tentang penderaan kanak-kanak .
                       Kes Penderaan Kanak-kanak
Oleh: Sathya Gananaathaa
     Pada masa ini/pada zaman modenisasi ini/dan lain lain (Sathya boleh masukkan contoh seperti cikgu beri agar ayat awak nampak lebih lengkap dan mantap) Kes penderaan kanak-kanak semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Menurut Kamus Dewan,penderaan bermaksud perbuatan menyeksa seseorang dengan menyakiti hati atau memukul.Lazimnya,kes penderaan dikelaskan kepada beberapa jenis. (ayat ni bersifat umum, jadi ayat yang bersifat umum perlu diletak terlebih dahulu dan diikuti dengan ayat yang lebih khusus). Antaranya ialah,penderaan fizikal,emosi,seksual,pengabaian dan pergunakan kanak-kanak sebagai buruh paksa.Kes penderaan kanak-kanak adalah salah dari segi (sisi)  undang-undang.
    Lazimnya,kes penderaan kanak-kanak berlaku dalam kalangan ibu atau bapa tiri.Mereka tidak sanggup mereka anak tiri mereka sebagai darah daging mereka (ayat tidak lengkap) Terdapat ibu bapa tiri yang sanggup mencederakan anak tiri mereka.Terdapat kes penderaan di mana bapa tiri seorang kanak-kanak mencederakan anak dengan puntung rokok.(Sebagai contohnya, terdapat kes penderaan yang melibatkan seorang bapa tiri mencederakan anaknya dengan sepuntung rokok). Ibu atau bapa tiri juga mencurahkan kasih sayang kepada anak tiri dan anak kandung dengan berat sebelah (Selain itu, terdapat juga ibu bapa tiri yang mengamalkan sikap pilih kasih atau berat sebelah antara anak kandung dengan anak tiri)Hal ini demikian, Anak tiri akan berasa seolah-olah terabai (penggunaan petanda wacana penting bagi memantapkan ayat).Ada juga ibu bapa yang menyakiti hati anak mereka dengan kata-kata kesat.Terdapat juga kes yang mengatakan bapa tiri yang bersifat bagai haruan makan anak yang memperkosa anak tiri sendiri.
    Selain itu,kes penderaan juga sering berlaku di keluarga yang porak-peranda.Ibu bapa yang sering bergaduh seringkali meluahkan perasaan marah mereka.Anak-anak menjadi mangsa bak kata pepatah,�Gajah sama gajah berjuang,pelanduk mati di tengah-tengah�.Terdapat juga ibu bapa yang mendera anak-anak kerana keletihan selepas bekerja.Anak-anak yang ingin mendapat perhatian ibu bapa akan cuba mendapat perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa tetapi ibu bapa menganggap mereka sebagai beban dan akan mendera mereka.
    Kes penderaan akan membawa kesan kepada kanak-kanak yang didera sama ada secara fizikal mahupun mental.Penderaan akan meninggalkan kesan pada kulit kanak-kanak. Seterusnya,Penderaan akan menyebabkan kanak-kanak yang didera memendam perasaan marah.Perasaan marah yang terpendam dalam hati mereka akan menyebabkan mereka membesar dengan tidak sihat dan menjejaskan perkembangan mental mereka.Perasaan ini akan menjadikan mereka menjadi agresif dan akan meluahkan perasaan marah terhadap orang lain.Kanak-kanak yang tidak mendapat makanan yang bernutrien akan menghadapi malnutrisi.Terdapat juga kanak-kanak yang melarikan diri daripada rumah kerana tidak sanggup menahan penderaan. 
     Oleh yang demikian,tindakan tegas perlu diambil ke atas ibu bapa yang mendera anak-anak mereka.Ibu bapa perlu menghadiri ceramah/program intitusi kekeluargaan untuk memahami tentang cara menghadapi stres (tekanan) dan menjaga anak dengan baik.Ibu bapa harus mengawal perasaan semasa perselisihan faham dan mengelakkan daripada bergaduh di hadapan anak supaya tidak menjejaskan anak-anak.Sestengah (sesetengah) ibu bapa menganggap memukul adalah cara terbaik untuk mendidik dan mendisiplinkan anak.Peribahasa Melayu �Sembelih ayam dengan kapas,sembelih orang dengan kapas�menjelaskan bahawa untuk mengatasi mengatasi kerenah manusia cara yang lemah lembut lebih baik daripada kasar.Masyarakat juga perlu memainkan peranan mereka dengan melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa.
     Konklusinya,kes penderaan perlu diatasi dengan secepat mungkin kerana perbuatan ini akan melahirkan pelapis negara yang tidak sihat daripada segi fizikal mahupun mental.Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengatasi masalah ini.Kita perlu sentiasa peka kepada sekeliling kita.Untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan sebegini,Akta Kanak-Kanak telah diperkenalkan. (ayat songsang: Akta Kanak-Kanak telah diperkenalkan bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan. Ayat yang bagus perlu ada subjek dan predikat). Kita perlu sentiasa melindungi hak kanak-kanak supaya tidak dieksploitasi oleh masyarakat yang tidak bertanggungjawab.   

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel