Aliff Syukri Merajuk Dengan Pasukan Bola Sepak Selangor

Aliff Syukri Merajuk Dengan Pasukan Bola Sepak Selangor


Nampaknya penajaan D'Herbs terhadap pasukan bola sepak Selangor tidak akan menjadi kenyataan apabila Aliff Syukri kini menarik diri.

Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa, beliau sudah 'tawar hati' untuk taja Selangor kerana dihentam orang ramai terutama penyokong Red Giants.

Ini komennya:

"Saya dah merajuk, dah tawar hati dengan pasukan Selangor. Mungkin mereka sudah ada peruntukan lain yang lebih besar. Itu hak mereka untuk buat pilihan.

"Apa yang berlaku antara saya dan pasukan Selangor...biarlah rahsia. Tak perlu saya dedahkan. Kami tak ada jodoh, saya doakan pasukan Selangor berjaya untuk musim ini," 

"Saya hanya nak bantu pasukan Selangor, tapi macam-macam tohmahan yang saya dapat. Niat baik saya disalah erti.

"Bukan saya minta, tapi mereka yang datang memberi tawaran kepada saya. Sebagai ahli perniagaan saya perlu fikirkan tentang pulangan yang bakal diperolehi," 

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) berkemungkinan menolak tawaran tajaan Aliff Syukri kerana beberapa syarat 'pelik' yang sukar ditunaikan.

Laporan yang memetik sumber dalaman FAS turut mendedahkan, Aliff Syukri mengenakan beberapa syarat tambahan sehingga berjumlah 41, menjadikannya enam syarat lebih banyak berbanding yang dikemukakan usahawan Qu Puteh kepada pasukan Kelantan.

Sumber: mStar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel