Karangan PT3 - Ceramah

Sempena Minggu Bahasa di sekolah,anda dikehendaki menyampaikan ceramah yang bertajuk �Langkah-langkah Meningkatkan Penguasaan Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar�.


    Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis,Yang Berusaha Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Emas,guru-guru yang dikasihi dan pelajar sekalian.Selamat sejahtera saya ucapkan.Terlebih dahulu,saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana memberi peluang kepada saya untuk berceramah pada pagi yang berbahagia ini.Tajuk ceramah saya pada pagi ini ialah �Langkah-langkah Meningkatkan Penguasaan Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar�.

Pelajar-pelajar yang dikasihi,

    Dalam era globalisasi ini,masyarakat kini mula menganggap Bahasa Malaysia tidak begitu penting dan menyebabkan ramai orang lebih cenderung menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.Oleh sebab itu,prestasi penguasaan Bahasa Malaysia semakin menurun.Terdapat juga golongan pelajar yang menggunakan bahasa pasar ketika bergaul.Inilah antara punca-punca penurunan prestasi Bahasa Malaysia.Oleh yang demikian,saya akan mencadangkan beberapa langkah untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia dalam Kalangan Pelajar.

    Pertama sekali ialah usaha ibu bapa.Ibu bapa perlu menunjukkan teladan baik kepada anak-anak.Hal ini demikian,anak-anak lebih cenderung mengikut perbuatan ibu bapa.Ibu bala bapa perlu menggunakan Bahasa Malaysia ketika berbual di rumah dan mengajar anak bahasa Malaysia ketika kecil bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.Anak-anak akan mula mencintai bahasa Malaysia dan akan menggunakan bahasa Malaysia ketika bergaul dan secara lansung akan meningkatkan minat pelajar dalam Bahasa Malaysia.

    Selain itu, guru-guru dan pihak sekolah juga harus memainkan peranan.Guru-guru perlu mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran supaya pelajar tidak bosan ketika kelas Bahasa Malaysia.Cikgu perlu memberi tip-tip untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Malaysia.Cikgu juga boleh menyediakan kelas tambahan atau tuisyen percuma untuk pelajar yang lemah.Dalam kelas tuisyen tersebut,cikgu hendaklah mengajar pelajar yang lemah secara individu.Pihak sekolah juga boleh menganjur pelbagai pertandingan atau kempen untuk menarik minat pelajar dalam Bahasa Malaysia.

Hadirin sekalian,

    Peranan pelajar sendiri juga tidak harus diabaikan dan amat penting.Pelajar perlu berusaha sendiri untuk meningkatkan penguasaan dalam Bahasa Malaysia.Pelajar perlu memperbanyakkan latihan.Selain itu,pelajar juga perlu banyakkan memperbanyakan membaca buku seperti buku rujukan,novel dan sastera.Pelajar akan menemui beberapa perkataan bombastik yang tidak dikenali maksudnya.Dengan itu,pelajar akan mencari makna perkataan tersebut dan perkataan-perkataan bombastik tersebut dapat membantu pelajar dalam penulisan karangan.Pelajar perlu berani bertanya kepada cikgu jika menghadapi masalah dalam pelajaran kerana bak kata pepatah �malu bertanya sesat jalan,malu berdayung perahu hanyut�.

    Akhir kata,Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan negara kita.Kita perlu menggunakan Bahasa Malaysia dengan betul kerana �Bahasa Jiwa Bangsa�.Penguasaan Bahasa Malaysia amat penting untuk melahirkan masyarakat yang arif dan bijaksana yang fasih bertutur dalam Bahasa Malaysia.Sekian,terima kasih.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel