Karangan PT3 - Peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga

Makanan berkhasiat sangat penting untuk tumbesaran anak-anak.
Bincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga.

     Dalam usaha mencapai kemajuan,manusia mengejar kebendaan dan mengabaikan kesihatan mereka.Kelalaian mereka itu mengakibatkan pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kencing manis,tekanan darah tinggi,penyakit jantung dan strok.Statistik dan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan penyakit seperti ini berpunca daripada amalan pemakanan yang tidak sihat.Dengan kata lain,kelalaian ibu bapa turut mengakibatkan anak-anak mereka menjadi mangsa penyakit.Persoalannya,apakah peranan ibu bapa dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga?

    Pertama sekali,ibu bapa perlu mengamalkan pemakanan yang berkhasiat. Peribahasa Melayu �bagaimana acuan,begitulah kuihnya� menjelaskan bahawa sikap anak-anak banyak dipengaruhi oleh ibu bapa.Penyelidikan yang dilakukan menunjukkan bahawa anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang berpenyakit mempunyai risiko yang tinggi sebanyak 80 peratus untuk turut mewarisi penyakit ibu bapa mereka. Hal ini demikian, penyakit ibu bapa boleh diwarisi oleh anak menerusi genetik.Sebagai contoh,anak seorang penyakit diabetes berkemungkinan menghidap penyakit tersebut jika tidak berhati-hati dalam pemakanan.

    Sejak kebelakangan ini,berita tentang obesiti dalam kanak-kanak gelah telah menjadi buah mulut yang meniti bibir ke bibir semua lapisan masyarakat.Lazimnya,ibu bapa lebih gemar menjadikan anak-anak mereka gemuk.Mereka menganggap anak-anak yang gemuk lebih comel.Sebenarnya,anggapan mereka itu adalah salah kerana tindakan mereka memaksa anak makan terlalu banyak sehingga menyebabkan anak menghidapi obesiti.Obesiti dalam kalangan kanak-kanak adalah sangat berbahaya kerana ia akan mengakibatkan penyakit jantung dan kolosterol kolestrol sejak kecil lagi.Secara langsungnya,kanak-kanak sebegini akan membesar dengan gaya hidup yang tidak sihat dan berpenyakit kronik.

    Selain itu,ibu sebagai suri rumah perlu menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi untuk seisi keluarga.Ibu bapa perlu menghidangkan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak dan mula menambahkan sayur-sayuran dan makan berprotein kepada anak-anak semasa kecil lagi bak kata pepatah �melentur buluh biarlah dari rebungnya�.Makanan seperti ini penting untuk tumbesaran mereka.Ibu bapa juga harus menekankan kepentingan dan kebaikan sayur-sayuran kepada tubuh kita kerana kanak-kanak memang tidak suka makan sayur-sayuran.Bagi mereka,sayur-sayuran ialah pahit dan tidak sedap.Ibu bapa perlu memujuk anak-anak dengan lemah lembut kerana pepatah Melayu ada mengatakan �sembelih ayam dengan pisau,sembelih orang dengan kapas�.

    Di samping itu,ibu bapa juga memainkan peranan untuk memastikan anak-anak makan makanan yang berkhasiat.Ibu bapa harus mengelakkan anak-anak mereka daripada makan terlalu banyak makanan ringan dan makanan segera.Hal ini demikian,makanan sebegini mengandungi bahan pengawet yang terlampau yang dapat memudaratkan kesihatan.Makanan ringan seperti aiskrim dan gula-gula juga mengandungi kandungan gula yang tinggi.Biasanya kebiasaannya,kanak-kanak suka makan makanan ringan kerana rasanya yang sedap.Oleh yang demikian,ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak merasa ketagih terhadap makanan ringan.

  Dalam pada itu,ibu bapa memainkan peranan yang sangat signifikan dalam memastikan pengambilan makanan berkhasiat dalam keluarga.Memang mustahil untuk ibu bapa untuk berada di mana sahaja anak-anak berada untuk memastikan pemakanan mereka kerana kebanyakan ibu bapa bekerja.Oleh itu,selain ibu bapa pihak bertanggungjawab seperti pihak sekolah,kerajaan dan pihak swasta juga harus memainkan peranan mereka.Pihak sekolah harus mendedahkan kepentingan amalan pemakanan sihat kepada pelajar manakala pihak kerajaan dan swasta harus menganjurkan kempen dan ceramah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bukan sahaja anak-anak malah kepada ibu bapa.Kesimpulannya,amalan pemakanan sihat penting untuk melahirkan masyarakat yang sihat-sihat belaka bagi merealisasikan Wawasan 2020.


   



   

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel