Kena Denda Sebab Pertahan Diri Dari Penjenayah

Kena Denda Sebab Pertahan Diri Dari Penjenayah


Di Denmark, seorang remaja perempuan berumur 17 tahun didenda kerana didakwa menggunakan senjata terlarang semasa mempertahankan diri.

Remaja itu hampir menjadi mangsa rogo1 namun terselamat apabila menggunakan spray penyembur lada.

Remaja malang itu telah diserang seorang lelaki kira-kira jam 10 malam. Penjenayah itu cuba membuka pakaiannya menyebabkan dia mengeluarkan penyembur lada dan dihalakan ke muka suspek.

Suspek penjenayah itu kemudian melarikan diri apabila terkena semburan lada yang amat memedihkan.

Walaubagaimanapun, undang-undang di Denmark melarang warganya memiliki atau menggunakan penyembur lada atau pepper spray menyebabkan remaja tersebut bakal didenda 500 kroner (RM309.47).

Orang awam yang mengetahui tentang kejadian yang menimpa remaja tersebut telah melahirkan rasa simpati di mana mereka telah mula mengumpulkan dana untuk menolong remaja terbabit membayar denda.

Takpe janji selamat.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel