Novel Urusan Hati Cik Drama Queen Karya Areila Sahimi - NOVEL TERBARU 2016

? Assalamualaikum ?



Novel Urusan Hati Cik Drama Queen Karya Areila Sahimi - NOVEL TERBARU 2016


front-cv-urusan-hati-cik-drama-queen

No. ISBN:- 978-967-0874-26-5
Jumlah muka surat:- 608
HARGA SEMENANJUNG: RM22, AHLI KN: RM18
HARGA SABAH SARAWAK: RM25, AHLI KN: RM21
Sinopsis Novel Urusan Hati Cik Drama Queen:-
Betul kata orang. Nak lupakan cinta lama, kita kena temui cinta yang baru. Perkenalan dengan jiran baru yang awalnya kelat-kelat masam, akhirnya melahirkan rasa cinta yang baru.
Lantaklah kalau lelaki itu anak Che Yam sekalipun. Nak buat macam mana? Hati Syazlin sudah tersuka pada Fadhlan. Kali ini dia nekad. Perasaan harus diluahkan. Di atas tiga helai kertas, dia karang ayat-ayat cinta untuk lelaki itu. Siap tabur bedak wangi lagi. Tapi� rupa-rupanya Fadhlan sudah ada kekasih hati. Malunya dia apabila mengenangkan surat tiga helai yang boleh mengundang sesiapa pun untuk �termuntah hijau� selepas membacanya.
Macam mana ni?! Kenapalah hidup dia terlalu banyak drama? Pantang bercinta� pasti putus cinta. Syazlin pun tak tahu sama ada putera idamannya itu sebenarnya wujud ataupun tidak. Mungkinkah putera idamannya itu ialah Faris yang sudah menjadi suami orang atau Fadhlan yang baru sekadar menjadi tunangan orang?
Eh! Tapi� takkanlah budak Nizam si rambut Kpop itu pulak?
�Selagi hati dia begitu dan hati aku begini, sampai bila-bila pun urusan hati kita belum selesai.�

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel