3 Doktor Tidak �Pro� Diburu Gara-Gara Bergambar Dengan Bayi

MEXICO: Tiga orang doktor kini jadi buruan pihak berkuasa gara-gara tindakan tidak profesional bergambar dengan bayi yang baharu dilahirkan.

Tiga doktor yang terdiri daripada pakar bius, pakar kanak-kanak dan pakar sakit puan itu dipercayai melakukannya selepas membantu seorang wanita melahirkan anak di sebuah hospital.

3 Doktor Tidak �Pro� Diburu Gara-Gara Bergambar Dengan Bayi

Selepas bayi itu selamat dilahirkan, salah seorang daripada tiga doktor di situ dirakam meletakkan bayi tersebut di atas bahu seorang lagi doktor sebelum ketiga-tiga mereka bergambar dalam keadaan tersenyum.

Selepas gambar itu tersebar di Facebook, ketiga-tiga doktor tersebut menerima kritikan hebat kerana melanggar etika kerja yang perlu dipatuhi.

Gambar tersebut tersebar dengan caption bertulis:

�Doktor tidak profesional. Ketika ada suami bimbang mengenai isteri dan bayinya, petugas hospital bertindak tidak profesional dan tidak beretika.�

Pihak berkuasa Mexico dilaporkan sedang menyiasat insiden ini dan jika disabit kesalahan, ketiga-tiga doktor tersebut akan berdepan dengan tindakan disiplin.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel