Johor Cuti Peristiwa Esok 15 Mei 2016 Juara Piala FA

Johor Cuti Peristiwa Esok 15 Mei 2016 Jika Menang Piala FA. Johor cuti esok? Berita baik buat semua rakyat Negeri Johor apabila Sultan Johor menitahkan Kerajaan Negeri mengisytharkan cuti peristiwa (tidak perlu ganti) pada Ahad, 15 Mei 2016 jika JDT menang Piala FA 2016 di Stadium Shah Alam malam ini. Untuk makluman, cuti hujung minggu Johor adalah pada hari Jumaat dan Sabtu.

Johor Cuti Peristiwa Ahad 15 Mei 2016

Johor Cuti Peristiwa Esok Ahad, 15 Mei 2016

Menurut BH online, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Ismail Karim, berkata perkara itu dititahkan sendiri Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebentar tadi. 
"Selepas berbincang bersama Menteri Besar Johor, kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok sebagai cuti peristiwa (tiada cuti ganti). "Tuanku juga sudah menitahkan untuk Johor cuti peristiwa sebentar tadi jika pasukan JDT menjuarai perlawanan malam ini,"
* Esok, Ahad 15 Mei 2016 telah diisytiharkan sebagai cuti peristiwa (tidak perlu ganti) susulan kejayaan pasukan JDT menjuarai Piala FA 2016 menewaskan PKNS FC 2-1 di Stadium Shah Alam. Pada tahun lepas, Kerajaan Negeri Johor juga telah mengisytiharkan cuti peristiwa pada 1 November 2015 selepas JDT menjuarai Piala AFC 2015.

Tahniah kepada JDT yang memenangi piala kedua musim 2016 Liga Malaysia selepas memenangi Piala Sumbangsih 2016 pada bulan Februari yang lalu.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel