Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Permohonan/ Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM. Pengambilan Tentera, anda berminat menjadi Pegawai Kadet ATM? Berita baik buat mereka yang layak dan berminat membuat permohonan seperti dikongsikan dari Portal Rasmi Markas Angkatan Tentera Malaysia (MAFHQ). Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mempelawa Lelaki dan Wanita warganegara Malaysia dan berkelayakan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) untuk berkhidmat sebagai Pegawai dalam Perkhidmatan Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). 

Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Permohonan hendaklah dibuat secara online di link applikasi permohonan yang dikongsikan di bawah ini. Untuk makluman, calon yang berjaya dan terpilih akan dilantik sebagai Pegawai Kadet Graduan untuk menjalani latihan Pegawai Kadet Graduan di Kolej Tentera Darat (KTD), Kapal DiRaja Sultan Idris I (KDSI I) dan Kolej Tentera Udara (KTU).

Appliaksi Permohonan Online

Permohonan hendaklah dibuat melalui pautan Pengambilan Pegawai Kadet Graduan 2017 di laman sesawang Portal MK ATM di Pengumuman atau JOM MASUK TENTERA
Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Disember 2016

Syarat Perlantikan

Berikut adalah syarat-syarat perlantikan Pegawai Kadet Graduan :-
  • Jantina : Lelaki dan Wanita
  • Umur : Tidak melebihi 25 tahun pada 31 Disember 2017

Fizikal

Tinggi Minimum : TDM : 1.70m (Lelaki) & 1.62m (Wanita),
TLDM : 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita) dan TUDM : 1.62m (Lelaki) & 1.60m (Wanita)
Berat Minimum : 47.5 kg (Lelaki) & 45kg (Wanita)
Ukuran Dada Minimum (Lelaki sahaja) : 76 sm
Body Mass Index (BMI) : 18.0 hingga 23.0


Taraf Kesihatan : Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatab ATM dengan tahap Penglihatan yang baik tanpa kaca mata dan kanta lengkap.

Iklan Permohonan Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Berikut adalah iklan lengkap permohonan yang mengandungimaklumat seperti syarat perlantikan, kelayakan akademik, gaji/ elaun, tarikh tutup dan sebagainya.
jawatan kosong Pegawai Kadet Graduan 2017 ATM

Cara Hubungi

Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 03-2071 2387/ 4524/ 4526/ 2391

Selamat memohon Pegawai Kadet Graduan ATM 2017 Online buat graduan yang berminat dan layak  dan semoga anda berjaya.

Sumber MAFHQ

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel