7 Lelaki Dipenjara Kerana Gagal Membayar Nafkah Di Terengganu
KUALA TERENGGANU � Tujuh lelaki dipenjarakan dari 2010 hingga 2015 kerana mengingkari perintah mahkamah untuk membayar nafkah anak-anak mereka, kata Ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd.
Beliau berkata, mengikut statistik penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah nafkah anak oleh Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu, sebanyak 726 kes ingkar direkodkan dalam tempoh berkenaan.
�Dari jumlah itu, sebanyak 495 kes difailkan di Mahkamah Syariah Terengganu untuk tujuan penguatkuasaan dan pelaksanaan perintah.
�Faktor utama mengapa golongan bapa enggan membayar nafkah anak adalah kerana tidak bertanggungjawab�kita lihat mereka mampu beristeri baharu malah, ada yang beli kereta baharu tetapi culas membayar nafkah anak bersama isteri terdahulu,� katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian penyampaian bantuan pendahuluan nafkah anak BSK Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu 2016 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di sini, hari ini.
Seramai 69 wanita menerima wang bantuan pendahuluan nafkah anak iaitu minimum RM1,500 hingga RM3,000 bergantung kepada jumlah yang ditetapkan mahkamah mengikut keperluan ibu dan anak-anak itu.
Azizah Buza, 46, berkata, beliau bersyukur kerana menerima wang pendahuluan nafkah sebanyak RM2,250 untuk menampung keperluan empat anaknya hasil perkahwinan dengan bekas suami.
�Sejak bercerai pada 2007, bekas suami memang tak pernah beri nafkah anak-anak. Jadi, saya terpaksa membesarkan mereka sendirian dengan pendapatan bersih sebagai tukang sapu di sebuah masjid di Marang sebanyak RM712 sebulan.
�Mujurlah saya menerima bantuan bekalan makanan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) setiap bulan, dapatlah mengurangkan beban kewangan saya ketika itu,� katanya yang sudah berkahwin lain sejak lima tahun lepas.
Zunaidah Md Zin, 40, dari Chendering, pula bersyukur kerana menerima wang pendahuluan nafkah sebanyak RM1,650 untuk memelihara dua orang anaknya dengan bekas suami dahulu.
�Sebelum ini, adalah jugak dia bayar sikit nafkah untuk anak-anak tapi gagal membayar pada 2015 dan tahun ini. Mujurlah ada bantuan daripada kerajaan untuk golongan ibu tunggal seperti saya, Alhamdulillah, ia dapat membantu dari segi perbelanjaan harian anak-anak,� katanya. � Bernama
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Mahkamah Syariah Terengganu |