Demi Tombiruo Zul Ariffin Rela Badan Sasa Dibogelkan



Pelakon Zul Ariffin menjelaskan tidak timbul isu dirinya menjadi mangsa eksploitasi apabila dia tampil tidak berbaju menerusi filem terbaharu lakonannya, Tombiruo.


Zul atau nama sebenarnya atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 30, sebaliknya berkata, wataknya sebagai Ejim menerusi naskah adaptasi daripada karya novel tulisan Ramlee Awang Murshid itu memerlukan dia tampil tanpa baju dan hanya mengenakan aksesori badan seiring dengan gambaran peranan tersebut.

"Persoalan mengenai tubuh badan saya dieksploitasi kerana saya tidak berbaju rasanya ia tidak perlu timbul kerana naskah itu sendiri sudah cukup kuat untuk menarik penonton ke pawagam.


"Tambahan pula apa yang saya lakukan itu adalah untuk menzahirkan watak sebagai Ejim dan sebagai pelakon saya sudah melakukan terbaik dalam menjayakan peranan diberikan oleh pihak produksi," katanya kepada mStar Online.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel