Nafi Sudah Bertunang; Saharul Ridzwan Dedah Sebab Pilih Qaabila Deena Emir Sebagai Calon Isteri



Pelakon Saharul Ridzwan telah mengadakan sidang media mengumumkan majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada 16 September 2016 depan.

Dalam sidang media itu, Saharul turut menafikan gosip yang mengatakan dirinya sudah bertunang.


"Berkenaan dengan dakwaan saya pernah bertunang sebelum ini adalah tidak benar. Saya tidak pernah bertunang lagi,"ujarnya.
Majlis pernikahan Saharul akan diadakan pada sebelah pagi, manakala resepsi pula pada sebelah petang.
Seterusnya, Saharul lebih selesa untuk merahsiakan jumlah wang hantaran sebagai peribadi.
Mengenai dulang hantaran pula adalah tujuh berbalas lima.
Diajukan persoalan mengenai pilihan hati, ini jawapannya;
"Saya percaya itu adalah jodoh dan dialah yang terbaik. Perkahwinan ini merupakan satu tanggungjawab bersama. Oleh itu saya juga percaya bakal isteri saya mempunyai sikap tersebut. Saya percaya pada tanggungjawab akan menjadikan jodoh kami kekal," jelasnya teruja. - MH

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel