Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016
Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 Online. Berita baik buat anak Sarawak yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015 dan memerlukan bantuan biasiswa untuk pengajian di peringkat Asasi, Ijazah Pertama serta Sijil Profesional dalam negara. Menerusi makluman Yayasan Sarawak, Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 kini dibuka secara online sehingga 4 September 2016.
Berikut pula adalah bidang kursus tajaan mengikut keutamaan untuk sesi 2016/ 2017:-
akan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.
Yayasan Sarawak
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan kepada :-
Sekretariat Biasiswa Cemerlang
Seksyen Pendidikan Tinggi
Pusat Pembangunan Pendidikan
Ibu Pejabat Yayasan Sarawak,
Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah Semariang,
93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak
Talian Pejabat: (082) 441686
Faks : (082) 440023
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 kepada anak jati Sarawak yang layak. Semoga anda berjaya.
Sumber : IKlan Permohonan.
Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 Online
Berikut dikongsikan maklumat penting permohonan yang mengandungi syarat permohonan, bidang/ program tajaan, kriteria pemilihan, calon yang tidak layak memohon, kadar biasiswa dan cara membuat permohonan.Syarat Permohonan
Berikut adalah syarat-syarat memohon :-(a) Syarat-syarat Asas
- (i) Merupakan anak jati Negeri Sarawak dengan kedua-dua atau salah seorang ibu/bapa pemohon berasal daripada Negeri Sarawak;
- (ii) Memperolehi keputusan sekurang-kurangnya 8A (A+, A, A-) dalam mata pelajaran bagi Sijil Pelajaran Malaysia 2015 termasuk subjek wajib lulus;
(b) Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat asas perlu mempunyai pencapaian seperti berikut:- Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang tinggi, aktif di dalam aktiviti ko-kurikulum;
- Aktif dan banyak menyumbang dalam kegiatan kemasyarakatan;
- Perkembangan Bakat (Talent) iaitu cemerlang dalam satu atau lebih bidang terutama dari segi kepemimpinan, kemahiran dan kreativiti;
Berikut pula adalah bidang kursus tajaan mengikut keutamaan untuk sesi 2016/ 2017:-
- Perubatan & Farmasi
- Chiropractic
- Kejuruteraan Awam Dan Mekatronik
- Kejuruteraan Petroleum & Kimia
- Ukur Bahan
- Seni Kreatif
- Sijil Professional ACCA
- Occupational Safety & Health
Kriteria Pemilihan
Kriteria Pemilihan adalah menerusi proses temuduga. Calon yang layak dan memenuhi kriteria di atas, akan ditemuduga oleh satu panel khas. Pemilihanakan dibuat dengan mengambilkira prestasi semasa temuduga, potensi calon, bakat kepimpinan, sumbangan kepada masyarakat dan kriteria-kriteria lain yang difikirkan wajar oleh Panel.
Kadar Biasiswa
Pemohon yang berjaya mendapat Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak akan diberikan bantuan biasiswa bagi membiayai kos pengajian mereka yang merangkumi Yuran Pengajian, Elaun Sara Hidup, Tiket Penerbangan Kelas Ekonomi setahun sekali, lain-lain, tertakluk kepada pengajian masing-masing serta perubahan dari semasa ke semasa, jika ada.Tempoh Kontrak/ Bonding
- Para pemohon yang berjaya dan menerima tawaran harus akur jika Yayasan Sarawak menempatkan mereka di institusi pilihan badan penaja berdasarkan kursus yang diminati.
- Pemohon yang menerima tawaran biasiswa tajaan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak dikehendaki berkhidmat di dalam Malaysia khususnya negeri Sarawak sekurang-kurangnya bagi tempoh SEPULUH (10) tahun.
Cara Memohon Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016
Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian melalui laman webYayasan Sarawak
- Permohonan hendaklah disertakan dengan SALINAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2015;
- Salinan dokumen-dokumen atau salinan sijil-sijil seperti yang dinyatakan di dalam borang permohonan termasuk resume padat pemohon.
- Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Iklan permohonan di link disertakan di bawah ini
- Tarikh tutup permohonan atas talian ialah pada Jumaat, 16 September 2016 jam 4.00 petang.
Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar bersama dokumen sokongan kepada :-
Sekretariat Biasiswa Cemerlang
Seksyen Pendidikan Tinggi
Pusat Pembangunan Pendidikan
Ibu Pejabat Yayasan Sarawak,
Lot 4784, Blok 14, Jalan Sultan Tengah Semariang,
93050 Petra Jaya, Kuching Sarawak
Talian Pejabat: (082) 441686
Faks : (082) 440023
Calon-Calon Tidak Layak Memohon
- Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan asas dan kursus yang ditetapkan.
- Permohonan akan dianggap gagal sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan dan tidak akan diproses.
Selamat membuat Permohonan Biasiswa Cemerlang Yayasan Sarawak 2016 kepada anak jati Sarawak yang layak. Semoga anda berjaya.
Sumber : IKlan Permohonan.