Turun 44 Kg, Gara-Gara Kurang Minum Kopi
Oleh Feyra Nasrom Dailymail
Diet secara berlapar atau diet ekstrem bukan jalan penyelesaian untuk mendapatkan susuk badan yang cantik. Apa yang penting, cara pengambilan makanan haruslah betul dan seimbang.
Namun lain pula bagi seorang wanita Britain , Lorraine O�loughlin yang berjaya hilangkan 44kg selepas mengurangkan pengambilan kopi dalam badan. Menurut Lorraine, dia merupakan seorang peminum kopi tegar dan boleh mengambil 15 cawan kopi sehari semata-mata untuk mengatasi masalah susah untuk tidur.
Jika sebelum ini berat badan Lorraine mencecah 121 kilogram, kini dia sudah berjaya menurunkan berat badan dengan jumlah yang drastik hanya tidak mengambil minuman kopi lagi.
�Dulu saya memang tidak boleh hidup tanpa kopi, kini tidak lagi. Saya langsung tidak perlukan kopi malah saya makan makanan yang sihat dan tidur dengan baik di malam hari�
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW