Cinta Berakhir Dengan Pengalaman Menakutkan



Hari ini aku bawakan satu kisah daripada pengalaman aku sendiri.

 Kisah ini berlaku mase aku belajar kat sebuah IPTA dulu....

 dalam tahun 2006 hingga 2009


Pengenalan

Name aku Sham, aku bekas pelajar sekolah agama.... selama 10 tahun, sejak umur 7 tahun sampailah 17, aku menuntu ilmu kat sekolah agama....

Mase form 5, aku jatuh cinta la pulak dengan seorang gadis ni.... Ain namenye... kawan sekelas aku sendiri... cinta aku berbalas.... Tapi hubungan kitorang sangat terbatas... cuma boleh berbalas surat je... Kitorang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke kolej matrikulasi yang sama... Mase tu kitorang dapat satu kebebasan yang tak pernah dapat sepanjang bersekolah agama dulu...

Kiranya kitorang ni mengalami proses 'culture shock' la.... Tapi syukur, disebabkan imej sekolah agama tu kitorang nak jaga, aku tak pernah la pegang2 tangan atau bergayut dengan Ain ni sampai tengah2 malam... bile nak jumpe pun hanya kat library... makan sama-sama pun tak pernah...

sepanjang aku couple dengan dia memang dihiasi dengan nasihat-nasihat agama yang berguna la..jadi Ain ni sayang sangat-sangat kat aku sebab tak rosakkan dia...

Perangai aku berubah bila masuk IPTA..... aku dapat kat semenanjung, tapi Ain sambung belajar kat UMS... kami berjanji untuk terus berhubungan....


Episod 1

Mase tahun pertama aku masuk universiti, budak-budak sekolah agama memang jadi buruan masa tu.... Bukanlah nak riak ke apa, tapi memang biaselah kan, budak-budak sekolah agama ni memang muka baik-baik... Orang kata ada 'nur' lah...Boleh bagi ketenangan.... Orang kate la, bukan aku..

Berbekalkan muka yang dikatakan ala-ala Ustaz ni, ramai la gadis-gadis yang berminat dengan aku.... Distula bermula perasaan riak dan takbur dalam diri..... aku pernah mengaku aku dah ada Ain.... tapi masih ada yang nak pada aku.... Sebab seronok sangat jadi pujaan, aku pun kalah lagi dengan godaan syaitan.....

Masuk tahun ketiga aku di Universiti, aku dah pun ada skandal dengan seorangadis ni... Ayu namanya... Ayu ni pulak setuju nak jadi yang kedua selepas Ain... Aku tak puas lagi, dalam hati aku mase tu cuba menjustifikasikan perbuatan aku ni, aku pegang prinsip "Lelaki boleh kawen 4"..... Jadi aku nak carik lagi yang boleh dijadikan kekasih hati... Aku dapat lagi sorang.... Aku sendiri macam tak percaya... Nama dia Dila (mase aku taip ni aku memang rasa sakit hati pulak dengan diri sendiri... teruk perangai aku time ni)...

Dila ni berbeza sikit, kalau Ain dan Ayu masing-masing pakai tudung dan sopan, tapi Dila ni memang artis la... rambut dia dye, pakaian pulak sentiasa tak cukup kain. Aku tertarik kat dia pun memang sebab nafsu semata-mata... Yang buat aku puas hati sebab dia ni memang hot... muka memang CUN MELECUN!... ramai yang cuba tackle dia...tapi aku yang dapat... ramai la yang jeles.. bertambah-tambah la takbur aku....Dila tak tahu pun kewujudan Ain dan Ayu.... Kawan-kawan aku naik menyampah dengan aku... ramai la yang nasihat... tapi godaan syaitan lagi kuat...

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh berguling.. Aku silap langkah... Dila ni sentiasa jadi bualan dan perhatian lelaki-lelaki lain, jadi bila ada mata-mata yang nampak aku dating dengan Ayu, ada je la kaki yang report kat Dila.... memang ramai yang nak kitorang ni putus... Akhirnya perang besar bila Dila curi handphone aku dan tahu kewujudan Ain dan Ayu.... Dila call Ain mintak penjelasan, baru la Ain tahu yang aku dah menduakan dia... eh... sebenarnya menTIGAkan dia.... Gaduh la kami semua.... Ain mintak putus... Aku dipaksa pilih sorang je antara 2 yang tinggal tu... Akhirnya aku putuskan hubungan dengan kesemuanya sekali... Senang.... Kat hati aku, langsung tak ada rasa bersalah... aku boleh cari yang lain.. Ramai yang nak kan.... Tapi aku rasa sikit kesal, sebab aku putus dengan Ain... Antara diorang bertiga, Ain yang terbaik... Dah la 5 tahun kitorang couple... Kenapa la aku boleh buat macam tu... Ayu boleh terima dengan baik... Dila pulak macam dalam drama TV tu.... Jadi pendendam.. Dila selalu ugut aku, yang dia takkan lepaskan aku macam tu je...

Sebulan berlalu, aku yang tak serik, dapat yang no 4, Ema namanya.... Ema, yang sama macam Dila dari segi penampilan... maka berpacaranla aku sekali lagi.. .kawan-kawan yang baik dengan aku banyak dah nasihat, jangan mainkan perempuan.... tapi aku memang berlagak, tak peduli pun.. aku rasa sangat hebat sebab boleh tundukkan sorang lagi...

Dalam 2 bulan aku couple dengan Ema, Dila diam-diam jumpa dengan dia.. Dila bongkarkan segalanya.. Siap bawak Ayu sekali... Bergaduhla aku dengan Ema... Dia tak dapat terima aku yang baru sebulan single terus nak cari yang lain... Orang kata kalau kematian isteri, kuburnya masih merah la...... Ema pun soal siasat kawan-kawan aku... Kantoi pulak sebab aku pernah cakap "nak main-main" je dengan Ema... tak serius.... so, akhirnya kitorang putus..... aku ingatkan dendam Dila tu dah terbalas...

Rupanya baru nak bermula......


Episod 2

Masuk bulan pertama semester 6, dah lebih 3 bulan aku single... aku ingat nak 'rehat' sekejap daripada kaum hawa ni... nak fokus belajar dan berbaik-baik dengan kawan-kawan lelaki yang aku tak hirau dari dulu tu....akhirnya aku berjaya memperbaiki hubungan kami... budak-budak lelaki tak lagi menyisihkan aku... Maka aku teruskan hidup seperti biasa...

Bulan kedua semester 6..... satu hari tu aku ke kuliah macam biasa... kuliah petang... start pukul 5, habis pukul 6.30... dalam pukul 6.15, aku perasan sesuatu, aku nampak seekor ular hitam, saiz besar betis, panjang, tengah elok berlingkar kat kaki lecturer yang mengajar tu... tapi yang pelik, semua orang buat tak tahu je... lecturer tu pun macam takde feeling, mengajar macam biasa... sebab semua orang buat tak tahu tu, aku ingatkan ular tu pet lecturer la.. spontan aku tanya kawan sebelah aku, "Bawak pet macam tu, orang tak takut ke?" Kawan aku terpinga-pinga, banyak kali dia tanya aku, "Mana? Mana?".. Banyak kali jugak la aku tunjuk kat kaki lecturer tu, sampai lecturer tu perasan, siap tanya kalau aku ada soalan ke apa....Bila balik tu takde sorang pun kawan-kawan aku mengaku nampak ular tu... aku tak percaya... mungkin diorang ni saje nak main-main kenakan aku.. tapi diorang memang sungguh-sungguh, siap bersumpah bagai kata memang tak NAMPAK!... aku rasa lain macam...

Dua tiga hari lepas tu, malam tu aku tengah melepak kat bilik kawan aku, (kitorang duduk hostel) aku  rasa nak pergi tandas... Bila aku dah hampir sampai ke tandas, lagi sekali, aku nampak seekor ular...kali ni lagi dekat... sebab masa kat kuliah hari tu nampak dari jauh je... aku TERKEJUT! ... Ular tu elok je berlingkar kat depan pintu tandas.... Ular tu angkat kepala dia, pandang aku... Aku terus lari balik ke bilik kawan aku tadi... Panggil diorang.. Bila pergi tengok balik ramai-ramai, dah takde!...

Puas aku cuba meyakinkan diorang.. Ular ni memang sebijik macam yang aku nampak masa kuliah hari tu... Akhirnya buat report kat warden.. Pagi-pagi esoknya tu ada la pekerja yang cari ular ni...

Tapi tak jumpa !

Dalam hati aku, lambat sangat bertindak diorang ni.. dah lari jauh da ular tu... Hidup aku dah tak keruan sejak hari tu... Asyik teringat-ingat kat ular ni.. Aku jadi risau, takut pun ada... Pernah sekali ada batang kayu kat tepi jalan pun buat aku terkejut sebab aku ingatkan ular tu.....

Selang seminggu, kali ni kat kafeteria... Waktu malam lepas pukul 10, aku tengah buat group project dengan kawan-kawan aku... tengah-tengah duk bincang-bincang tu, aku nampak balik ular tu... jauh dari aku... berlingkar tak bergerak... tapi kepala dia pandang aku.... lepas tu aku nampak dia bergerak laju.... bergerak..... berlingkar ke arah aku... makin lama makin dekat....makin laju... Spontan aku terus terlompat dari kerusi yang aku duduk tu, lintang pukang aku lari balik hostel...aku lari masuk bilik kawan aku... Terus kuncikan pintu.. Terpinga-pinga diorang... Muka aku betul-betul pucat... Aku terangkan pada diorang... Mungkin sebab aku asyik cerita pasal ular ni, diorang da mula percaya... Diorang nasihatkan aku supaya jadi aku yang dulu balik, imam muda... Banyakkan amalan.. Sebab ular tu mungkin syaitan nai main-mainkan aku... aku terima...

Mulai hari tu aku da jaga balik sembahyang aku... tapi hidup aku makin tak keruan...
Gangguan makin menjadi-jadi pulak... Ada masa-masa kat kuliah ke, kat bilik ke, aku dengar bunyi desiran ular... Bunyi sayup-sayup tapi telinga aku dapat tangkap... Aku jadi terlebih takut... Buku jatuh dari meja pun boleh buat aku terkejut sampai pucat lesi...

Kemuncaknya,

satu hari aku siap-siap nak pergi kuliah... Aku baru lepas mandi, nak pakai baju... Bila bukak je almari baju aku, seekor ular hitam tengah berlingkar-lingkar atas baju-baju aku... Itu la situasi aku paling dekat dengan ular tersebut... Memang besar betul ular tu.. Senang-senang dia boleh belit aku sampai mati.. Ular tu angkat kepala dia.. Pantas, terus patuk muka aku... Dunia aku jadi gelap.. Aku tumbang... Aku rasakan badan aku jadi sejuk... Sangat sejuk... Badan aku bergerak-gerak... Aku tak pasti apa yang aku buat... Tak dapat fikir pun.. Tapi aku sedar lagi.....

Aku tak tahu berapa lama aku terbaring sambil mengoyang-goyangkan badan kat atas lantai tu.. Aku memang tak nampak apa-apa.... Sampai la aku dengar suara roomate aku... Dia baru balik kuliah... Tak jelas apa yang dia jerit-jeritkan.. Telinga aku berdesing je... Aku dengar pulak suara ramai orang.. .Pastu aku rasa diri aku diangkat... Badan aku masih bergoyang-goyang... Aku tak pasti aku buat tarian ke apa.... Aku rasa aku diletak dalam kereta... dalam 10 minit, aku diangkat keluar pulak...Aku dengar bacaan ayat-ayat Quran.... Penglihatan aku beransur-ansur pulih...

Rupanya kawan-kawan aku da hantar aku kat rumah lecturer aku yang pandai mengubat ni... Nasib baik la lecturer tu ada kat rumah masa tu... Memang syukur sangat... Aku tengok roomate aku pun ada, dia bukak cerita... Masa balik dia nampak aku terlentang kat lantai... Mata aku buntang, tapi nampak mata putih je.. Anak mata da ternaik habis ke atas.. Sebab tu aku tak nampak apa-apa.. Pastu dia kata aku tengah buat macam gerakan ular... Terlenggok-lenggok badan aku macam ular berlingkar... Dia jadi takut, terus panggil kawan-kawan aku yang lain, hantar aku sini..

Lecturer tu mintak aku pergi rumah kawan dia yang lagi pandai, malam tu jugak...

Kawan-kawan bersimpati, setuju tolong aku...Kami balik hostel, makan-makan, pastu gerak ke rumah kawan lecturer tadi.. Perjalanan agak jauh... Sebab rumah dia kat luar IPTA... Kami sampai kat rumah kawan lecturer ni, aku panggil Abang Wan, dalam sejam kemudian, kami dipersilakan masuk dan aku duduk berhadapan dengan Abang Wan.... Abg Wan memulakan rawatan dengan membaca Ruqyah... Lepas tu dia mintak aku mengangkat kedua-dua tangan... Sambil tempik: "Kalau ada jin sihir dalam badan Sham, bergerak ke tangan kiri sekarang!! Jatuhkan tangan kiri Sham!"... Ayat tu diulang 3 kali... Takde respon... Abg Wan sambung Ruqyah... Dada aku berdebar-debar... Lagi sekali dia tempik ayat yang sama... Kali ni sekali je... Aku rasa ada pergerakan dalam badan aku... Seolah-olah ada ular bergerak-gerak bawah kulit aku... Bermula dari kaki kiri, dia bergerak-gerak ke betis, paha, perut, dada... Sampai la tangan kiri aku... Serta merta aku rasa tangan kiri amat berat... Jatuh lah tangan kiri aku.. Maka benarlah ada jin sihir...

Abg Wan sambung bacaan lagi.... Lepas tu dia tempik macam tadi juga, tapi kali ni dia suruh bergerak ke lidah aku... Dia nak berdialog... Aku rasa ular di bawah kulit aku bergerak dari tangan kiri, ke mulut aku... Masa bende tu lalu kat leher, memang aku rasa perit yang teramat..... Macam nak muntah.... Kemudian aku rasa lidah aku dikawal oleh jin tadi.. Abg Wan tanya siapa tuan dia?... tapi jawapan dari lidah aku "ssssssss......", bunyi ular.... Abg Wan tanya macam-macam tapi jawapan cuma "sssssss....." bunyi ular... Abg Wan tanya macam-macam, tapi jawapan tetap cuma "ssssssssss..." je... Dialog gagal, Abg Wan mintak jin tu keluar melalui mulut aku.... Dada aku rasa sesak, Abg Wan hulurkan baldi, aku pun muntah dengan banyaknya... Isi muntah tu hanya air kekuningan... Disertai dengan 3 ketul bebola darah yang beku... Seksanya aku muntah tu Tuhan je yang tahu.... Aku pengsan.. Bila aku sedar balik, aku tengok semua orang tengah berbual-bual... Abg Wan datang dekat aku, bagitau jin tu dah takda dalam badan aku... Aku boleh balik...

Esoknya aku ponteng kelas seharian.. Nak rehat...Bila dah malam aku dapat SMS mengejutkan daripada Dila.... "Bodo! Ko keluarkan satu, aku boleh hantar lagi!". Sah memang Dila yang buat aku... Aku rasa marah.... tapi aku rasa memang salah aku jugak... Main-main kan dia... tapi aku taknak kena lagi.... Nak buat macam mana... Aku hanta sms mintak maaf, aku tak nak kena lagi.... Tapi takde balasan SMS lepas tu....



Episod 3

3 minggu lepas aku keluarkan jin ular tadi... Mase tu ada cuti awam hari Isnin dengan Selasa... Aku ambik keputusan balik kampung malam Jumaat.. Walaupun sekejap.. Mase ni aku dah mula insaf sikit-sikit... Aku anggap kejadian jin ular tu sebagai pengajaran... Aku naik bas dekat terminal... Pukul 12 malam bas pun bergerak.. Perjalanan ambik masa 6 jam... Jadi dijangka sampai pukul 6 pagi... Aku minta ayah aku jemput jam tu... Sejam lepas perjalanan... masa tu aku duduk belakang sekali, aku tengok pemandangan luar... tepi jalan banyak hutan je... entah kenapa aku rasa tak sedap hati... aku perhati betul-betul...

memang tak salah... di sebalik pokok-pokok hutan tu, aku nampak benda putih terbang... ikut bas... sama laju.. Oh tidak! .. Orang sebelah aku tiba-tiba baca something... dia pun perasan jugak kot.. aku cepat-cepat tutup langsir tingkap aku tu....

Beberapa minit lepas tu, bas tiba-tiba dibelok kuat ke kiri... bergoyang bas tu... terkejut penumpang-penumpang... kami hampir terbabas.... mujur driver boleh kawal lagi bas tu... dia jerit " Takde ape2!!! Ada lubang tengah jalan...bertenang semua.."..Aku dengan orang sebelah spontan pandang belakang.. Mana ada lubang... tapi ada kelibat perempuan baju putih kat tengah jalan tu.. Itu la yang driver tu nak elak tadi kot.. Aku betul-betul cuak.. takut sangat... aku rasa semua ni berpunca dari aku.... aku berdoa suapay tak ada apa-apa yang berlaku.. tengok orang sebelah aku pun duk terkumat kamit baca-baca.....

Pukul 3 pagi.... 3 jam perjalanan... Keadaan tenang.... Ada penumpang-penumpang yang dah lelap, ada yang main PSP... tapi aku semestinya tak dapat lelap... tiba-tiba,.......'AAAAAAAA!!!!' ada seorang penumpang perempuan jerit-jerit......

semua orang terkejut...dia jerit, "Ada pontianak!! Ada pontianak!!"..Bas berhenti...Driver bangun, mintak perempuan tu dan semua orang bertenang...dia mintak yang ISLAM start baca apa yang patut... tapi semua orang tengah takut....ada yang nak nangis.... penumpang sebelah perempuan tu pujuk-pujuk dia bagi tenang.... Driver pasang CD ayat-ayat Quran, bas jalan balik... takde orang yang nak lelap dah... Kelihatan 2 orang penumpang lelaki duduk dekat-dekat driver tu.... borak-borak... Maybe nak bagi driver tu rilek-rilek.....

Bas sampai terminal pukul 5 pagi... Sejam awal.... Eh, driver rempit kot... Takut punya pasal... Semua lega bila dah sampai... Aku turun, ada sejam lagi kena tunggu ni.. Aku duduk kat kerusi yang ade kat situ... Penumpang yang lain ada yang ambil teksi, ada yang orang jemput.... Last-last tinggal aku sorang... risau pulak aku... Tak lama, ada bas lain yang baru sampai.... Tapii tak ramai penumpang... Sorang makcik India ni, turun dari bas tu, berjalan ke arah aku... nak duduk sini jugak kot... tapi mase tu dia tengah jalan sambil belek-belek handphone dia...bila dah dekat sampai area tempat duduk aku tu, dia pun pandang la aku..aku senyum... tapi dia buat muka terkejut.... Kalut,, dia terus berlari balik ke arah bas sambil jerit "AIIIYOOOO!!!"... Aku pelik... Ade penumpang-penumpang lain baru turun dari bas tadi semua pandang makcik India tu.... Makcik India tunjuk-tunjuk ke arah aku... Penumpang-penumpang bas pandang aku...semua jerit..panik..masing-masing lari.... ah sudah!!....

Kenapa ni?

Aku berdiri...sebab terkejut..........da bising plak terminal tu dengan jeritan-jeritan..

Aku pandang kiri kanan...takde apa..pandang atas,,,,pontianak tadi!! Terapung atas aku!!! Aku lari macam tak cukup tanah.... Penumpang tadi semua entah ke maana....Aku lari tanpa hala tuju..Habis beg-beg aku tinggal situ... Aku lari ke jalanraya... Aku lintas... Ada stesen minyak... Aku lari ke situ... Sampai stesen minyak, aku berhenti... Tercungap-cungap...Tak larat dah... Aku baru je buat larian paling laju dalam hidup aku....

Aku pandang depan belakang atas bawah,,,,,takde ape dah.. Pekerja-pekerja stesen minyak tu pandang aku dengan muka tak faham... Aku terduduk atas jalan... Tak lama lepas tu aku nampak kereta ayah aku....Aku tahan.... Ayah aku tanya kenapa aku duduk situ... Aku ajak dia pergi tempat duduk aku tadi.... Memang takde ape dah..kitorang ambil beg dan balik rumah...

Sampai rumah, semayang subuh, sarapan....

Aku citerkan semuanya kat mak ayah aku..mak aku punye la marah...membebel dia pagi tu.. tak sangka anak dia playboy....dah la budak sekolah agama...tapi benda dah jadi..

Aku bagitau aku dah insaf..mak ayah aku diam...diorang suruh aku rehat dulu... Aku bangun tidur lepas Zuhur... Aku keluar bilik, mak ayah aku duduk dekat ruang tamu dengan seorang sedare... Tok Lah.. dia pandai mengubat... Bila dia nampak aku, terus panggil... Aku duduk depan dia... Dia nak scan dulu.... Cara Tok Lah lebih kurang sama dengan Abg Wan... Bace ayat ruqyah kuat-kuat.. Pastu banyak kali dia seru jin dalam badan aku ni... Suruh bercakap dengan dia... tapi takde respon apa pun....Dia syak benda tu dah lari masa dia sampai..Buat masa ni Tok Lah cuma pagarkan aku.. tapi aku kena pagar diri sendiri dengan rajin buat amalan.. Tok Lah nak tidur rumah aku malam tu..

Malam tu aku tak dapat tidur.. teruk betul aku rasa... Aku ingat balik apa yang aku dah buat... Main-main perempuan... Menyesal sungguh... Sekarang ada yang baas dendam.... Memang padan muka aku.. Aku mengiring ke kiri, ke kanan.. Resah... Jam tunjuk pukul 1 pagi... Tiba-tiba... Aku rasa ada orang berjalan.... atas katil aku.... aku diam.....

aku pandang sekeliling...

takde ape...

Aku mengiring ke kanan... alamak... aku rasa ada yang baring belakang aku pulak... naik segala bulu roma aku..... aku cepat-cepat bangun... tak pandang belakang pun.. aku keluar bilik.. ketuk bilik mak bapak aku... bile mak aku bukak pintu je.... mate dia membuntang.... "Baaaaaannggg!!!!", Ayah aku bangun, nampak aku, "Astaghfirullah... Allahuakbar!!"... Tahu lah aku.. benda tu ada belakang...aku memang tak berani pusing... "HAIIIPPPP!!!" terdengar pulak suara Tok Lah... Aku rasa ada angin menderu kat belakang aku... Bergerak laju ke atas... Aku agak benda tu terbang... Aku pusing, Tok Lah tengah kejar benda tu... Dia terbang ke dapur... Ada lubang kat atas pintu dapur  tu.. Untuk pengudaraan... Benda tu menyusup ikut lubang tu... Tok Lah tak dapat buat apa...... Kami berjaga sampai ke siang sudahnye.... Masing-masing macam tak percaya apa yang baru terjadi... Esoknye pagi-pagi aku dah kena mandi air limau..... Tok Lah pagar satu rumah... Dia nasihatkan aku tak balik universiti dulu... Aku call lecturer aku semua....Bagitau apa yang terjadi kat aku... Tapi aku tak sebut siapa punya kerja... Aku cuti kuliah seminggu... Tok Lah usaha ubatkan aku... Akhirnya aku terpaksa balik universiti jugak lepas seminggu....


Sampai universiti...selama beberapa minggu takde gangguan.. aku kuatkan diri dengan amalan-amalan zikir....hidup aku tenang...buat sementara...



Episod 4

Sebulan sebelum final exam untuk semester tu... aku dengan kawan-kawan yang lain sibuk buat study... Gangguan dah sebulan lebih takde... Sampai lah satu malam... Kitorang buat study group... Tengah-tengah ulangkaji dan bincang-bincang tu... Aku tiba-tiba rasa blur... Aku tak paham apa yang aku baca.... Aku tak paham apa yang kawan-kawan aku cakap... Macam satu bahasa yang asing bagi aku... kepala aku jadi sakit .... kawan-kawan aku terus syak "penyakit" aku datang balik... Diorang suruh aku baring-baring dulu.. Tapi aku tetap tak faham apa diorang cakap... aku pandang sorang-sorang muka kawan aku...ada 4 orang masa tu.. Aku macam dah tak kenal diorang.. Muka diorang perlahan-lahan menghitam...hitam sampai tak nampak langsung mata, hidung, mulut... aku terkejut... aku jerit... macam orang gila.... kawan-kawan aku yang dah tak bermuka tu datang ke arah aku.... aku bangun, aku nak lari... tapi badan aku rasa berat sangat... lutut rasa longgar... aku terpaksa merangkak ke pintu... aku jerit sekuat-kuat hati..pintu tu dibuka... penghuni-penghuni hostel yang lain masuk nak tengok apa yang berlaku... tapi diorang pun sama.. muka hitam... aku takut... takut sangat... aku menangis.... aku seolah-olah ada kat dunia lain... persekitaran aku jadi gelap... aku tak tahu apa yang berlaku... kawan-kawan aku tadi dah jadi makhluk lain... aku nampak diorang berbulu-bulu..

Salah satu makhluk tu datang kat aku.... Tiba-tiba dia baling aku dengar air... Air tu masuk mata aku.. Aku pejam mata... Pedih.. Aku dengar sayup-sayup suara bagitahu aku.... "jangan bukak mata dulu, jangan bukak"....

Aku terus pejamkan mata...

sikit-sikit aku mula faham apa yang kawan-kawan aku cakap...

Aku rasa ade orang hembus-hembus muka aku...

Lepas tu baru dia suruh bukak mata...Perlahan lahan aku bukak... Aku tengok semua dah pulih macam biasa...

Takde lagi makhluk hitam berbulu.. Aku jadi tenang sikit.. Banyak kali aku beristighfar...

Bila aku dah ok, kawan-kawan suruh aku tidur bilik diorang tu je... senang kalo ade apa-apa jadi... terharu aku... padahal dulu aku berlagak dengan diorang... aku jadi tension... rasa tak sanggup pulak teruskan hidup macam ni... Tapi aku cuba kuatkan semangat.... Aku kena sabar...

Hari-hari seterusnya... Aku diganggu dengan lebih teruk... Bila aku study atas meja, aku rasa seolah-olah ada orang kat belakang... Bila toleh, takde.... Kadang-kadang, kerusi aku digoyang-goyang dengan kuat.. Bila aku bangun, dia berhenti..... Kelibat tak payah cakap la.... Asalkan aku depan cermin, memang ada la kelibat lalu lalang belakang aku... Aku makin tertekan.. Aku jadi susah tidur... Sebabnya bila aku baring, beberapa minit atas katil, benda tu main kaki aku..Dia usik-usik.. Main jari-jari kaki.. Kalau aku buat tak layan,,, aku rasa kaki aku berat... macam orang duduk pulak atas tu... Last-last aku tak tidur... Berjaga sampai ke pagi.... Tu pun terpaksa lepak bilik kawan-kawan baru tenang.... Bila dah pagi, baru aku tidur.. Itu pun kejap je.. Hidup aku dah porak peranda... Kawan-kawan aku report kat mak aku... Akhirnya mak aku jemput aku dari universiti bawak balik rumah...

ila sampai kat rumah, Tok Lah tengah tunggu..... mak aku nangis2... merayu-rayu kat Tok Lah.. Entah apa yang dirayu tak tahu la... Ayah aku pun menyampuk mintak tolong.... Lama Tok Lah pandang aku... Memang aku dah tak terurus... Kusut masai.. Aku memang tak yakin boleh jawab exam macam ni.... Lepas tu Tok Lah mintak tempoh sehari.. Dia nak fikir dulu.. Aku pun tak paham apa yang mak ayah aku mintak dari Tok Lah....

Esoknya,,,,, Tok Lah datang pagi tu.... Dia setuju dengan permintaan mak ayah aku... Baru la aku tahu.. Apa yang mak ayah aku mintak, diorang mintak 'balas balik'...... Tok Lah kata akan guna kaedah bakar bata.... selama 3 hari 3 malam...... aku diam... Rasa risau dan takut... Betul ke tindakan macam ni?

Sehari lepas tu... pagi-pagi lagi, aku dapat call dari Dila... Tapi bukan dia yang cakap.... Mak dia.. dalam telefon, mak dia menangis-nangis mintak jumpa.. Aku bagitahu kat mana rumah aku... Malam tu mak ayah Dila sampai... tapi Dila takde... diorang menangis-nangis.. mengaku salah atas perbuatan anak dia sihirkan aku/... diorang peluk-peluk aku minta maafkan Dila..... tapi mak aku mengamuk pulak.. ayah aku cube kawal mak aku.. bising satu rumah malam tu... aku tak dapat buat apa-apa... Lepas beberapa ketika, suasana jadi senyap... Mak aku dah hilang suara, penat.. Mak ayah Dila dah kering air mata... Ayah aku serahkan pada aku... Aku cakap pada mak ayah Dila, suruh dia janji takkan buat lagi.... Aku akui kesilapan aku, dan dia pun dah balas dengan buat aku menderita berbulan-bulan... Jadi kosong-kosong la... Mak ayah Dila setuju.... Diorang siap sumpah, takkan bagi Dila buat lagi... lepas diorang balik... ayah aku maklumkan pada Tok Lah...

Mak ayah Dila ada mengaku anak dia hantar 3 jenis jin kacau aku.. Ular, Pontianak, dengan Makhluk Berbulu Hitam tu....

Akhirnya gangguan pada aku dah berhenti... Aku dapat jawab exam tanpa masalah paranormal ni... Tapi kejadian ni cukup menginsafkan aku....

Assalamualaikum.. :')



Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel