Ini Sebabnya Kenapa Kapal Terbang Berwarna Putih

146207-1000xauto-pesawat-terbang

Kalau anda perasan, kebanyakan kapal terbang biasanya mesti berwarna putih. Jarang sekali kita lihat keseluruhan badan pesawat yang berwarna kuning, merah dan lain-lain. Tahu tak kenapa kebanyakan badan pesawat di cat dengan warna putih?

Secara amnya, ada beberapa pesawat yang mempunyai garis-garis dan dekorasi warna yang berbeza, tetapi �base colour� nya adalah warna putih. Ini sebab kenapa kebanyakan kapal terbang dicat dengan warna putih.

1. Memiliki sifat termal

Warna putih mampu memantulkan cahaya yang datang ke badan pesawat sehingga badan pesawat tidak akan menjadi panas. Jika badan pesawat kepanasan, ianya  akan membahayakan pesawat dan mungkin akan berlaku kemalangan.
2. Mudah untuk melihat kesan retak

Jurutera pesawat akan selalu memeriksa badan pesawat secara berkala untuk mengesan kecacatan atau keretakan pada badan pesawat. Warna putih mampu mengenali kerosakan di badan pesawat dengan lebih jelas jika dibandingkan dengan warna lain.

Selain itu, warna putih pada badan pesawat lebih mudah dilihat apabila terjadi kecelakaan, terutamanya pada waktu malam.

3. Kos cat badan pesawat terlalu mahal

Untuk mengecat badan pesawat memerlukan tenaga, waktu dan belanja yang amat besar. Untuk mengecat badan pesawat AirBus dan Boeing, ianya mengambil masa selama 2 hingga 7 hari. Jadi, dengan memilih warna putih ianya akan menjimatkan kos, waktu dan tenaga.

4. Nilai jual semula menjadi lebih rendah jika pesawatnya berwarna

Syarikat penerbangan sebolehnya akan mengeluarkan belanja yang minima untuk membeli kapal terbang. Harga kapal terbang yang berwarna adalah rendah jika dibandingkan dengan pesawat yang berwarna putih.

5. Warna putih tidak cepat pudar

Satu sebab badan pesawat berwarna putih adalah kerana kehebatan warnanya itu sendiri. Badan pesawat yang berwarna putih tidak akan menjadi pudar ketika pesawat berada di atas udara. Manakala pesawat yang berwarna akan mudah menjadi pudar sehingga perlu mengeluarkan modal tambahan untuk mengecat semula badan pesawat. Kapal terbang berwarna  putih tidak akan mudah pudar walaupun berada lama di atas udara.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel