Jangan Pandang Serong Pada Suami Yang Suka Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia - Part 2

24 September lalu, perkongsian pandangan seorang ibu kepada enam orang anak ini mendapat perhatian ramai khususnya golongan wanita yang sudah berumahtangga. 

Jangan Halang Suami Melepak, Barulah Rumah Tangga Bahagia

Rata-rata netizen memberikan reaksi 'play safe' kerana ada pro dan con dalam isu ini. 

Merasakan ramai yang memberikan reaksi negatif, wanita terbabit tampil memberikan hujah keduanya untuk dihadam netizen. 

NAMPAKNYA RAMAI YANG KECAM. Emm, tak apalah. Suami akak, akak tahu. Tetapi rata-rata yang komen sangat negatif pemikiran mereka. Suami main perempuan, suami melancong dengan kawan dikatanya ada perempuan menunggu dalam bilik bagai. 

Kenapa seorang isteri harus berburuk sangka kepada suami? Suami kan ketua keluarga. Insan yang patut mendidik anak dan isteri tentang agama. Layakkah kita menuduh suami kita sebegitu? Suami juga bukan anak kecil yang perlu selalu dipantau, diberi tunjuk ajar bagai. 

Suami akak kerja teruk, jadi bila dia dapat keluar dengan kawan-kawan, dia boleh berehat sambil bersembang kosong. Akak juga bekerja, namun anak-anak tidak terabai. Setiap minggu ayah mereka tolong basuhkan kasut sekolah, gosok baju sekolah bagai. Anak-anak dah gembira. Asal cuti sekolah, semua enjoy melancong oversea. Jarang melancong dalam negara sebab masa cuti sekolah, semuanya mahal. 

Moralnya, jangan pandang serong pada suami yang suka melepak. Banyak lagi kebaikan suami. Apa yang akak nak highlight di sini ialah, jangan nampak keburukan pasangan tetapi sentiasa ingat akan kebaikannya.

Baru sebentar tadi akak mesej suami, 

"Abang, esok jom bawa saya pergi Hatyai, nak massage badan," 

"Okay, siap barang, esok pagi kita bertolak," balas suami akak. 

Itulah bahagia namanya. Tak perlu nak bincang depan mata, bincang melalui phone pun boleh. Masa dengan kawan, hati dia banyak sejuk. Minta apa-apa saja mesti akan dapat punya.

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel