Jom Lihat Apa Yang Lidah Anda Kata Tentang Diri Anda
Warna lidah normal adalah merah jambu @ pink. Bila lidah berubah warna seperti dibawah ini kemungkinan anda menderita beberapa penyakit:
1. Lidah Putih
Orang yang lidahnya putih biasanya disyaki mengidap kepialu , penghadaman yang terjejas, simptom influenza atau kekurangan darah. Jika warna lidah pucat dan lembap seperti ada lapisan lemak, ada tanda-tanda gejala sejuk ini ada kaitan dengan selesema. Jika lidah putih yang sedikit tebal, ini adalah salah satu daripada gejala-gejala penyakit kelamin.
2. Lidah Merah
Lidah berwarna normal sedikit merah, merah cerah lebih buruk, ia menunjukkan pesakit menderita kepanasan. Bila warna merah sedikit kekuningan, menunjukkan demam agak tinggi. Hanya bahagian sisi yang merah atau lidah ditutupi titik titik merah, harus berjumpa doktor mungkin anda ada masalah liver@hati . Warna lidah merah cerah, lidah seperti berlumut atau retak, adalah sindrom panas. Lidah merah yang terasa sangat kering, ini tanda-tanda dehidrasi. Lidah ungu kemerahan menunjukkan adanya luka dalaman atau luka pada perut.
3. Lidah ungu
Lidah ungu menunjukkan pesakit menderita demam dan ada gangguan darah atau peredaran darah yang tidak lancar. Jika seluruh lidah ungu, menunjukkan organ dalam sangat panas. Lidah berbintik ungu, perlu pemeriksaan lanjut di bahagian liver (hati) pesakit.
4. Lidah kuning
Menandakan panas pada tubuh yang agak berlebihan kerana terlalu banyak mengambil alkohol, makanan pedas, mengalami stres emosional dalam jangka panjang, atau akibat merokok.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW