Model Wanita Ini Memiliki Janggut Terpanjang Di Dunia

Imej dari indiatimes

Oleh Feyra Nasrom Sumber indiatimes

Mungkin kedengaran agak aneh apabila wanita mempunyai janggut ataupun misai persis seorang lelaki. Namun, tidak bagi Harnaam Kaur seorang model wanita yang memiliki janggut sepanjang 15 sentimeter sekaligus dinobat sebagai wanita berjanggut terpanjang di dunia  sehingga mencatat buku rekod Guinness World Records.

Gadis berusia 24 tahun ini tidak pernah malu dengan diri sendiri malah rasa berbangga apabila namanya tercatat dalam rekod dunia itu. Harnaam Kaur merupakan seorang yang sangat positif dan tidak pernah mengambil kata-kata ejekan serta persepsi negatif orang ramai sebagai punca yang boleh menjatuhkan dirinya.

Imej dari indiatimes

Kaur menghidap sindrom ovari polisistik dimana simptom ini akan menyebabkan rambut serta bulu tumbuh di bahagian tubuh badannya yang menampakkan Kaur kelihatan seperti lelaki.

Walaupun Kaur tidak seperti wanita normal yang lain, dia merupakan model wanita berjanggut pertama yang tampil dalam pertunjukan minggu fesyen di London pada bulan Mac lalu.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Model Wanita Ini Memiliki Janggut Terpanjang Di Dunia. Hopefully, this entry provides useful knowledge to you.
Model Wanita Ini Memiliki Janggut Terpanjang Di Dunia Rating: 4.5 Diposkan Oleh: Shainginfoz