Nak Bulu Mata Panjang Dan Lebat, Buat 6 Cara Ini. Memang Lentik!
Oleh Feyra Nasrom Sumber Siraplimau
Memang untung kalau sesiapa yang ada bulu mata lebat panjang semulajadi ni, tak payah susah-susah pakai maskara untuk lebatkan bulu mata. Tapi jangan risau, kalau korang nak bulu mata jadi lebat, panjang dan lentik, ada 6 cara mudah kami nak bagitahu. Senang je. Jom !
1. Sikat dengan kerap
Bulu mata kena kerap disikat untuk hasil yang lentik dan lebat.
2. Sapu Vaseline pada bulu mata
Setiap malam sebelum tidur, sapu Vaseline pada bulu mata. Sebab? Vaseline bantu bulu mata korang tumbuh lebih lebat dan cepat
3. Guna minyak semula jadi
Tahukah anda minyak zaitun, minyak kelapa, minyak jojoba dan minyak castor mengandungi mineral, vitamin dan agen pemanjang? Jadi, amalkan guna minyak-minyak ini untuk memanjangkan lagi bulu mata dengan cepat.
4. Sapu vitamin E
Sapu losyen yang mengandungi vitamin E untuk pertumbuhan dan untuk memanjangkan bulu mata.
5. Makan Biotin
Ambil vitamin B yang dipanggil sebagai Biotin. Antara yang terdapat dalam makanan seperti avocado, keju, kobis bunga, almond, sayuran hijau serta kacang.
Bukan sahaja untuk panjangkan bulu mata, malah untuk menyihatkan rambut.
6. Tekap Teh hijau
Basahkan serbuk teh hijau, dan letak pada mata, tekapkan sepanjang malam ketika tidur. Ya, teh hijau mampu untuk panjangkan bulu mata. Korang boleh cuba yaa.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW