[Video] Terjatuh Ketika Membawa Obor, Semangat Luar Biasa Yang Ditunjukkan Oleh Atlet Paralimpik Ini Menyentuh Hati Ramai Pihak

marcia-malsar-750x392

Sukan Paralimpik Rio 2016 secara rasminya telah dilancarkan pada Rabu lepas telah berlangsung secara gilang-gemilang di Stadium Maracana, Rio De Janeiro.

Pemenang pingat emas Brazil yang pertama dalam Sukan Paralimpik pada tahun 1984 menerusi acara 200 meter, Marcia Malsar telah dipertanggungjawabkan untuk membawa obor sejauh 30 meter, sebelum diserahkan kepada perenang Paralimpik Brazil iaitu Clodoaldo Silva untuk dinyalakan.

paralimpik-e1473383151973

Malsar yang berjalan menggunakan tongkat dalam keadaan hujan renyai-renyai, telah tergelincir sebelum terjatuh.

Melihat bagaimana Malsar berusaha untuk mengambil obor dan bangun semula telah menyentuh hati ramai pihak.

Semangat luar biasa yang ditunjukkan oleh Malsar di acara pembukaan pastinya akan menjadi detik yang tidak dilupakan dan dia telah menerima tepukan gemuruh daripada penonton. 

Sumber: Astro Awani



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel